Semuanya untuk Nadi
"Takdir kadang2 mempertemukan sesuatu tak diundang, menduga dalam bermacam ragam, memberi apa yang tidak dirancang..memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan. Namun takdir menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menusuk panahan sang ketabahan, menyemai benih keakraban, serta memberi peluang menilai siapa sahabat siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.."
Tuesday, August 17, 2010
aduhaiiii aku nih.......
Fikiranku melayang..tanpa menghiraukan keselamatan diri ketika melintas jalan. Teringat aku dengan 'kehidupanku' pada hari ini...
Ahad lepas ustazah ada call (tp tidak ku jawab kerna tak perasan) aku apakah aku berada di uia petang itu... aku jawab, "maybe saya sampai uia dalam jam 430pm kot. nape puan?" huhu. ustazah memberitahu..plannya mengadakan miting dengan wakil PG setiap department. Aku mengerti maksudnya.. Nak jadikan cerita, aku pasrah lagi redha sekiranya aku tidak menjadi 'komiti' persatuan PG kuliyyah IRK. Tiada kaitan soal giler pangkat ke giler kerja ke giler segala giler la....cuma hati nih rasa terkilan sekiranya tidak bekerja bersama Dr Rahmah. Kenapa?...sebab aku rasa 'makin dewasa' pabila melaksanakan urusan tertentu. Banyak yang dapat kupelajari daripadanya. Kurasakan rugi jika tidak menuntut ilmu daripadanya. Itu lah sebab utamanya....
Hmmmm klu takde rezeki, takpelah....huhu.
Then tadi di waktu on the way dari level 3 ke level 2...ku tegur Dr Saupi. Di awal perbualan kata ustaz,"haaa ana teringat psl duit tu...". "Takpelah ustaz, nanti2 lah pasal tu," "Ana tengok enti, baru ana teringat..muka enti ada tulis d.u.i.t" seloroh ustaz. "Eh takpe ustaz, nanti2 je saya jumpa ustaz pasal tuh. Sekarang nih saya banyak masalah nak fikir". oppppsssss.......
Tak lama lepas tuh, Nizar pun datang menyapa ustaz. Kami bertiga menuruni tangga. Sesampainya kami di level 2, aku meminta diri dulu namun dhalang. Selesai urusan dengan Nizar, ustaz bertanya kembali apakah masalahku. Aku segera menjelaskan,"Ustaz, sebenarnya bukanlah masalah...cuma otak nih banyak berfikir je..bla bla bla". kata ustaz,"owhhhhhh..biasalah tuh", Ustaz memberi kata2 semangat. Kemudian perbualan kami terarah kepada ALA. Aku pula yang..."owhhhh...". hahaa.
hmmm...ALA..ALA...
apasal la aku masih terfikir pasal ALA lagi nih..
bila terkenang semula, mana boleh lupa kot.. dulu separuh mati aku hanya kerana ALA. kulanjutkan pengajianku selama 3 1/2 tahun pun kerananya jugak. Aku dah abes tenure pun masih ALA jugak.. masa tuh, perghhhh buat pekak je walaupun tau ada yang tak senang kehadiranku selepas sesi 2007/2008. Semuanya kerana ALA.. ada sebab kenapa aku bertindak sedemikian.. Yang tahu, terima kasih la kerna memahami. Yang tak tahu, biarlah tak tahu.. Yang penting..u all manfaatkanlah pengalaman dahulu kala tu...
Sekarang banyak perkara nak dilangsaikan... DALL pun agak lama tidak kujenguk. Kak Liya dan bos jangan kecik hati ye...heehhe. OR ALA dan debate pun tidak sempat ku singgah..mintak maaf ye.huhu.
Sunday, July 25, 2010
Wahai adik-adik yang amat kusayangi......
Shahir, Naim, Nabilah, Fendi, Nisa dan mereka yang selalu bersama akak, banyak kali akak nyatakan bahawa adik2 ni SANGAT BERUNTUNG....MEMANG SANGAT BERTUAH dapat mengenali mesra, rapat dengan
Adik-adik ternyata bertuah kerana mempelajari sesuatu secara langsung dari mereka ini. Serius, ini berbeza sungguh dengan kisah kami..
Monday, July 5, 2010
Episod 1 dalam "Kembaraku di Taman ini"
hmmm dh bersawang dah blog nih.. dah mcm ikut jejak safuan lak yg malas dah nk pikir psl blog2 nih.huu. tp tetiba je rs nk tulis mgenai pengalaman hidup sejak pertama kali terpijaknya tapak kasutku di muka bumi institut pendidikan yg dsegani ini.
MCIIUM...yeee nama yg telah lama kuingin sambar. walaupun hakikatnya target aku ialah menjadi seorang tentera..tak kisahlah udara, darat ke...tp apakan dayaku utk menolak takdir. Rezekiku lebih berpihak di Taman ini. Nape ye..aku idamkan UIA nih? hmm takde jawapan yg tepat sgt sbb dulu2 ak bukannya penah melangkah ke sini..cuma sekadar dgr nama je. atau sebab sedara ke? hmmm takde kaitan la.. kak spupuku Along Sheena graduate Benl, dua pupuku Abg Lizi@Dr Alizi juga graduate uia skrg jd pensyarah psychology, adiknya Abg Lippy jg graduate uia bidang Law. tu kira bab seniors.sedara yg pgkt juniors pun ada gak.Rasa mcm gah la UIA nih..lengkap serba serbi. amboiii pujian melangit! tp sah betul sangkaanku...setelah bertahun2 blaja d sini, baru lah ku rasakan bertuahnya diri menuntut ilmu d sini(akan dnukilkan kisahnya pd episod akan datang).
Kenapa UIA nih perfect?...sbb ak
*oppss..kejap..kejap. Dr Rahmah kol.... bru je regis master dh ada 'tender'. ustazah balik malaysia je, dah keje kuat.hebat!! Tansri, Azrie bila nk start nih..huu. Sendiri tanya, sendiri jawab la..aku nih pun..~~~
Okeyh..back to the track. Memula aku masuk matriks...aku memang dh nawaitu taknak aktif. aku nk rehat...smpai la dh grad nnt.haha melampau! Kenapa???? sebab aku rasa letih sgt masa zaman sekolah dulu.huuu. sejak darjah 3 tahun 1995 aku menjawat jawatan pengawas sekolah....sehingga lah form 4 2002. takyah dok kira..selama 8 TAHUN berturut2 ak pegang jawatan tuh. Tiap2 tahun2 (plg byk pun 2,3kali setahun) ada kem kepimpinan dan motivasi d serata tempat. Bermacam ragam perangai ak depani. Nape tak reject? Tak letih, bosan ke? Letih mmg la ada, bosan takde..tp kite rasa seronok pabila dpt membantu org. Abes je exam akhir tahun cikgu kelas mesti panggil aku..meeting perlantikan pengawas. Sekolah rendah tak lah sibuk sgt..biasalah program2 pengawas, camping itu ini pengakap dan umah sukan peringkat sekolah. Berbeza kit ngn sekolah menengah..die "up" skit.huhu. Di sinilah bermulanya keringat aku membawa nama sekolah ke peringkat daerah
Berbalik kpd pantun..pada hari pertandingan, aku terpilih menjadi 3 org penting manakala seorg sbg reserve. oo maaakk aiiii...bukan main berkias,indah lg bahasa yg perlu dipakai. Kostumnya....aduhhhhhhhhhhhh rimas den!! dh la nk kena pakaian tradisional. tu aku leh terima..tp nk kena pulak pakai tudung melilit tah bape kali tah. dgn jarum setiap pelusuk di kepala "die cucuk tang sini, die cucuk tang sini".aduhhhh rimas sungguh. Tudung kena pakai 2 lak tu..kt dalam tu kami berempat wajib pakai tudung labuh.huuuuuiihhh bayangkanlah... sbnrnya yg merimaskan tuh adalah tudung lilit ngn jarum2 tuh. D venue sekolah A tu, waktu pagi pertandingan pantun. Ak n kawanku sorang nih je kena standby bwk baju sukan..Nape?..sbb kami terlibat ngn pertandingan bola tampar pd sebelah petang.aduhaiiii...pantun tu dh la abes lambat jd kami terlepas satu game kot. Biar lah... Dalam pantun tu ada la kawan W nih, mmg muka die je la wakil sekolah bab pantun2 nih. masa latihan, byk la gak die beri tunjuk ajar...tp bagaikan sume die betul. kadangkala..aku rasa tak senang lak dibuatnya. Masa pertandingan tuh, kami cuma berjaya mara ke peringkat suku akhir. Akhirnya tewas d tgn sekolah B...hanya perbezaan 1 MARKAH JE!!!! Ya Allah betapa kecewa n marahnya kami waktu tu. Nape nk marah? hmm sesapa pun akan marah gara2 kawan W ni langsung tak beli, tak jawab langsung pantun pihak sekolah B tuh.aduhhhhhh sayang giler... patutnya jawab je apapun!!..at least ada gak markah. Abes je pantun, terus kami ke arena sukan gelanggang bola tampar lak.Lupakan segalanya psl pantun..hmm..
Nk djadikan cerita, aku sentiasa mengharapkan kerehatan pabila selangkah masuk ke matriks. tapi.....hahaha apalah daya. teringat aku dgn kata2 beah dgn nada yg serius di bilek mahallah kami,"ko tu jenis never say NO".haha marah sungguh die. kt matriks ak seorg yg 'anti society'..ye society kite. sbb apa? mgkn kerna asal program je mst org sama yg handle, org sama je jd penonton. Memula tu aku igt aku je yg bermasalah kerna punye pendapat begini, rupanya ramai gak berfikiran cmtuh. Kebanyakkannya dr grup 4 dan 5. Tau2 je..wajib g program tu program ni. Tau2 je wajib beli majalah yg kecik tu dgn harga rm4. Tau2 je wajib beli t-shirt society.aduhhh tak kenannya designnya..huuu.
Teringat waktu mukhayyam arabi, leh kata takde sape yg sanggup handle. Tetiba je depa2 nih taknak handle mukhayyam. Nape?...biasalah mukhayyam kan 3hari 2 malam, nk prepare nih makan masa. ...sbbnya psl istima' la. Ust Maad nk jugak buat mukhayyamm sbb mmd dh lama giler tak wat..rasanya dkt 5 tahun kot. Waktu tu Pitcop(director) n Zuliana(Asst) yg incharge. Sian giler kt depa sbb takde org nk sanggup jd komiti. Akhirnya yg jd komiti ialah kami2 grup 5(sister). yg brothers tetap geng2 dr grup 1 dan 2. Baru ni lah kami merasa handle program dgn kawan sama course.
Tapi....mukhayyam nih la yg 'buka mata kami utk mengenali' rakan2 dari grup 1 hingga 5. Berdasarkan survey yg aku buat (d waktu ALA dulu), sume menyatakan bahawa mukhayyam itu yg terbaik. Ye...aku setuju.
Selain tuh, sukan di waktu Rafest.. cm biasa, sukanku ialah bola tampar. Adah, Chot, Kak Da, Kak Tini, Wansyat, Yusra, Faezah, Suhaila, Hasanah...itulah team kami. Menang ketawa, Kalah pun ketawa. Ketawa je keje...hahaha. Biasa tuh org yg sama je join sukan. Aku selaku kapten bola tampar pegi satu persatu bilek bdk barb utk sama join mana2 sukan wakil society. tp kebanyakkannya tak berkenan. Klu tak minat sukan, takpe lah cuma minta turun sokong rakan2..pun taknak. Nape ye? Aku....aku jd sgt tak paham kenapa. Aku rasakan ada 'masalah' dlm ukkhuwaah ni. Tak best la cmtu kan.... Rafest nih yg plg best ialah perarakan. Semua sanggup tak balik umah wekend,sggup berkorban utk latihan perarakan nih. Aku dedahkan sikit bab marching kpd Pitcop n die handle seterusnya. Aduhhh suka-suka hati die je bg arahan.haha. YANG BESTNYA IALAH KITE KONTIGENT BARB MEMENANGI...KONTIJENT PERARAKAN TERBAIK!!!! hushhh mmg terbaik. Inilah satu lg detik mekarnya ukhuwaah kite. Barb la satu2nya yg bersemangat turun pdg utk perarakan ini. Barb la satu2nya kontijen yg lantang suaranya berbuat bising di tengah2 padang matriks uiam. Oh Allah..betapa indahnya memori itu....
Kesimpulannya..aku tak tau cmne nk jd pasif dlm menjalani kehidupan ini..... ada saja yg 'memanggil' ku.
Biarlah rehat itu jauh dariku...asalkan dpt melihat ukiran senyuman mereka.
Dari situ, aku berpegang pd prinsip "My Best Commitment to Others"...
Wednesday, January 27, 2010
Buat Nadiku..
dalam diri ini...
apakah mungkin erti sayangku padamu?
dalam diri ini...
apakah mungkin makna rinduku padamu?
dalam diri ini...
apakah maksud risauku padamu?
dalam diri ini...
apakah penting pengorbananku untukmu?
tiada lain..ke sana ke sini hanya untukmu
masa dipertaruhkan hanya untukmu
dalam jemala ini...
apakah cukup keringatku padamu?
dalam jemala ini...
apakah tarikh menyedarkanmu?
dalam jemala ini...
apakah tertunai segala amanahku terhadap mu?
dalam jemala ini...
apakah kau memahami niatku?
Marching Mahallah Maryam IIUM Sport Carnival 2006
video ni masa closing ceremony IIUM Sport Carnival 2006. masa ni aku masih hijau lagi..1st year, sume BARB 1st year sister masa tu majoritinya duk mahallah maryam.asalnya bukan aku yg jd komando jerit2 ni..tp ada sorang sister course apa tah. semasa training aku cuma bantu mereka yg takde/lupa asas kawad kaki..alah bantu gitu2 je. dari situ, secara tak langsung aku kena backup sister tuh. ada ketika aku yang take over.
masa training tuh, macam2 perangai budak2 ni. budak2 BARB lah yg byk bersuara sbb kami golongan majoriti bbanding course lain dlm marching ni. kebanyakan masa dipenuhi dgn gelak ketawa. hmmm gtulah klu dh nama bdk BARB. huhu. bila tang berjalan biasa tu..jalan tak sama lak. yg belakang ckp yg depan laju sgt begitu juga sebaliknya. payah betul nk jalan seiringan walaupun dh jerit "kiri...! kanan..! kiri...!". keseluruhannya training kami tak penah tension, asyik gelak je.. Kakak watan yg train kami tu pun tak tau dah nk wat apa..huhu.
pada malam sebelum closing tuh, aku dkhabarkan sister tu terpaksa gi hospital sbb patah kaki. jgn kata dkhabarkan, kebetulan aku sendiri nampak dia dipapah keluar dari blok C menuju ke ambulance. tp waktu tu harap pandanganku salah. tak lama pastu kakak watan maklumkan bhw aku kena jd komando esok. aku? ...tarik nafas,,.. fuuhhhh...hmmmm
esoknya rommate aku nabilah (budak biotech, uia kuantan) volunteer bekalkan air glukosa kpd semua platun. aku merana gak la berminggu2 ni sbb dikawal rapi oleh kwn2..tak boleh minum air sejuk tp kena telan air asam jawa. ni yg aku takleh terima.. depa sanggup keluar duit sendiri belikan air asam jawa utk aku.aduhaiiii dh mcm hidup berpantang ini itu. huhu.
sebelum pertandingan, masing2 berpesan.."oiiii keluarkan suara!!!! pedulikan apa org nk kata!!". hmmm bila tgk video ni...aduyaiiii teruknya persembahan kontijen kami ni.huhuhu. aku sendiri rasa tak selesa..sbb laju sgt!! tak 'bebas nk lenggang'..tangan tak sempat separas bahu n hayun habis. kami mmg langsung tak target menang apa2 bila dbandingkan ngn kontijen mahallah lain especially mahallah Halimah(khabarnya juara bertahan marching).
Mula2 diumumkan keputusan sukan.. Volleyball aku kalah..hahahaha!! tp Aku, Cot n Adah mmg hebat bab menendang bola tampar ni.. Cot la otainya.. Pastuh diumumkan pulak keputusan marching.. Kami dh malas dh nk dengar..sbb dah dah tentu kalah. (terjemahan : "Kini saat yg ditunggu dh pun tiba..Juara bg kategori Marching IIUM Sport Carnival 2006 jatuh kepada Mahallah Halimah!!"). Semua mahallah dh jangka kemenangan ni. Khabarnya trainer depa sgt hebat.. kemudian "Tempat kedua...", semua warga UIA terkejut. Ada tempat kedua??? Senior kata sebelum ni tak pernah ada 2nd place. "Tempat kedua Marching 2006 jatuh kepada...MAHALLAH MARYAM!!" semua platun menjerit, tak sangka menang! Laungan 'semangat' aku laungkan, kemudian suara rakan marchers berkumandang.
Sebenarnya..tak sangka dpt naib juara pun sbb mahallah lain boleh tahan gak. Walau apa pun aku tetap bangga. Kenapa aku bangga?..sbb seminggu sblm pertandingan ni Dr Rahman(waktu tu Head Dept) ada cakap kt aku bunyi lebih kurang begini "Saya nk budak2 barb ni keluar dari kepompong, tunjukkan kita ni boleh di luar bidang kita". Aku bangga sbb dalam kontijen Mahallah Maryam ni ramai budak barb join marching. Kakak watan tu pun kagum. Aku turut kagum ngn semangat kawan2 semua...yg aku igt Dbah, Ekin, Sarah, Adah, Ila, Faezah, Yusra, Kak Tie(wktu tu), Faridah sape tah lagi. Kenangan kita tersemat selamanya...
Thursday, September 17, 2009
sambungan AW 2008
2) Asst. Programme Manager (Cultural Night & Art competition)
Bila dimaklumkan Planning & Research handle program ni, aku rasa seronok ada, tak seronok pun ada. Yg seronoknya sbb program ni lebih kpd bentuk ‘enjoy’. Yg tak seronokny sbb program ni melibatkan bdk UIA lain yg bkn bdk BARB(terutamanya participants), so kenalah organize elok2 demi menjaga nama baik ALA. Sebagai PM n APM program sudah tentu mahukan yg terbaik. Dan mereka juga tak dpt lari dari kesusahan yg menerpa. Begitu juga ngn kami. Tp tu sume dugaan..cabaran. Klau takde dugaan n cabaran, pasti kite tak lebih berusaha, hasilnya pun ala kadar je. Tu yg kita taknak.. Memula miting, aku briefing dulu psl Arabic Week serta subprogramnnya. Aku conteng kt whiteboard lukis cam carta organisasi, maklumkn juga komiti central. Then maklumkan bhw biro ini iaitu Planning&Research secretariat ditugaskn utk organize Cultural Night&Art Competition. Programmnya nmpk seronok tp aku tak lupa igtkan, “kita kena handle elok2 sbb ianya ‘program tumpuan’. Kite buat lebih baik dari tahun lepas”. (Mmmm sape yg terlibat ngn tahun sebelumnya tahu la citenya). Memula miting psl Art Competition dulu. Art Competiton ada 3 category..Kami decide sape yg buat ni sape yg buat tu. Okeyyy…ni tak jd masalah. Dlm Cultural Night ni, aku lebih tertumpu kpd Prep&Tech, PC, n Pub&Pro. Bunyinya agk bias, tp tu lah yg telah aku lakukan dahulu. Biro lain aku tak lupakan, tp tumpuanku lebih kpd 3biro ni. Catering bagai takde keje waktu tu sbb sumenya dh setel. Special Task lebih kpd Dibah(Special Task central). E-kin pn pesan supaya tak risau sgt psl special task. Oklah cmtu.. Pub&Pro mmg d bwh pemerhatian aku n Ikhwan(Pub&Pro central). Asik awl2 lg beritahu tak tau keje Pub&Pro, aku ckp, “takpe, rileks.. Insyaallah akak leh tolong”. (Mmm aku mmg saja tak letak Asik dlm catering. Sejak dlu dia dh biasa ngn catering. Asik perlu keluar dari dunia catering.huhu). Die wat poster, manakala Suhaila wat pamphlet. Kdua2nya ada menunjukkan draf keje masing2. Design aku taknak komen, ikutlah kreativiti sndiri. Aku lbh pentingkan protocol n butiran2 program. Baguslah depa bdua wat keje wlupun tak penah pgg Pub&Pro sblm ni. PC pula..sian depa pening berdepan ngn peserta. Huhu tu lah cabarannya. Aku cadangkn kpd Hafizzuddin supaya mengadakan miting ngn para peserta, at least brief pd mereka pjlnn program n undian. Pd waktu malam miting melibatkan PC, Prep&Tech, Maindboard n para peserta. Ikhwan tak dpt dtg (aku memahami statusnya yg sudah berkeluarga). Imah wakil Prep&Tech(Fendi tak dpt dtg), Ain gtau myb tak dpt dtg sbb perlu balik ke utara, aku pula ada miting lain. Jd maknanya Hafizzuddin knalah handle mting tu. Die waktu tu kurang yakin mgkn kerna msh baru apatah lg dia bkn bdk Barb. (Mmm tu cite lain kali). Hafizzuddin mnta aku dtg, tp aku tak dpt janji n gtau, “klu smpat akak dtg” sbbnya aku ada 2miting lagi waktu tu, final touch tau! Dgn izinNya aku dpt jenguk miting tu. Miting tak start lagi. Then aku mnta Hafizzuddin mulakan miting tu. Sebelum start tu, bertolak2 antara aku n Hafizzuddin.”akak start la dulu”, “eh, hafizzuddin kn PC la yg start dulu”, “Sy tak tau nk ckp apa, akak la yg start dulu,jgn risau kak, sy ada sokong akak” Amboi..patutnya aku yg ckp camtu. Aduhaiiii budak ni..tp klakar tul si Hafizzuddin ni. Gelabah bkn main sblm pengerusikan miting ngn peserta tu. Klau lah detik itu boleh dsingkap kembali. Huhuhu. (Kelakar giler, luaran cm baik n tenang tp sempoi, pndai mngusik gk n gelabah giler. Meja yg dipegangny pn naik gelabah). Tp akhirnya aku menang. Hafizzuddin mulakan miting. Dia bg kata2 aluan tak smpai seminit n then..”Sya serahkan majlis kpd kak Farhana utk brief mngenai cultural night ni,” katanya smbil tersenyum. Tersentak aku. Pandai dia cari jalan kenakan aku! Atuh, aku pun xdpt lari, aku brief apa yg ptt. Lps tu bru nmpk si Hafizzuddin ni biasa ngn miting tu. Imah d dpn kami kejenya gelak je..Mekasih la Imah.huhu. Tak lama pastu, Ain pun dtg. Aku Tanya Ain, “Ko blk jam bape?” Die jwb, “jap lagi..Sy kejap je ni, rasa tak sedap lak tak dtg miting,” Ain pun brief jgk apa yg ptt.. Syukurnya aku punyai komiti yg rasa begitu. Mmm segala permintaan peserta kami dgr terutamanya bab microfon, sgla props n perkara yg membabitkn keje2 Prep&Tech. Sgalanya dbincangkan n capai kata sepakat. Utk Prep&Tech lak lebih tertumpu kpd venue di KAED Main Audi. Fendi masih baru n perlukan tunjuk ajar jd aku harapkan Imah utk pimpin Fendi. Imah kata, “Aku tak penah jd Prep&Tech, tp aku
sambungan AW 2008
1) Asst. Head Committee Pub n Pro (Central Committee)
Memula miting, kami diberitahu biro central AW. Utk Pub&Pro dsandang oleh Ikhwan n aku (Planning n Research secretariat). Fuhhh Cabaran…cabaran… (Aku baru je nk lepaskan penat slps handle Arabic camp SBPI Gombak 4-6July baru ni). Mana tak nya, klu sebut je Pub&Pro, tugas2nya lebih tertumpu kpd persediaan sblm program. Dugaan pasti ada pabila komiti Pub&Pro subprogram mcm2 ragamnya.
