Semuanya untuk Nadi

Semuanya untuk Nadi
"Takdir kadang2 mempertemukan sesuatu tak diundang, menduga dalam bermacam ragam, memberi apa yang tidak dirancang..memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan. Namun takdir menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menusuk panahan sang ketabahan, menyemai benih keakraban, serta memberi peluang menilai siapa sahabat siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.."

Tuesday, April 28, 2009

A.L.A ANNUAL GENERAL MEETING 2007


Teringat aku pada 2tahun lepas, sewaktu menganjurkan AGM 2007. Di situlah bermulanya pengorbanan sungguh2 aku terhadap Arabic Language & Literature Association atau lebih dikenali sebagai ALA. Utk AGM ni, aku selaku assistant headcom Special Task. Siapa headcom nya? Hmmm sape lagi kalau bukan Nu’man.huhu. Tu la pertama kali kerja ngan dia di bawah satu biro. Ibarat cam baru kenal dia la…masing2 formal giler padahal kami pernah sama2 bekerja (semasa di matrik UIA PJ) utk Mukhayyam Arabi 2005 di Masjid Putra, Putrajaya .hahaha. Penat..penat jugak tapi puas hati sangat.! ...sebab melalui AGM ni lah kita dapat lihat semua pelajar BARB berkumpul. Aku rasa AGM kali ini special sebab kita sambut hari raya aidilfitri juga..(idea yg bagus). Melalui AGM ini jugalah kita dapat menyaksikan episode peralihan kuasa dari kepimpinan ALA 0607 kepada ALA 0708. AGM kali ini juga menghimpunkan batch aku 053.. (majoritinya lah) berganding bahu menjadi komiti. Walau apapun, aku tetap percaya bahawa AGM ni berjaya hasil usaha dan kerja keras kita semua. Syabas kepada semua!!
Advisor : Assoc. Prof. Dr. Rahmah Ahmad Hj. Osman
Programme Manager : Mohd Adil Mufti bin Mohd Samsudin
Asst. Programme Manager : Nur Safira binti Ahmad Safian
Secretary : Muhammad Aizuddin bin Johari
Tresurer : Ummu Hani binti Abbas
Programme Coordinator : Mohd Razali bin Jaffar
: Zuliana binti Zakaria
Publicity & Promotion : Abdul Basir bin Mahadi @ Muhammad
: Adibah binti Ali
Preparation & Technical : Mohd Ikhwan bin Abdullah
: Wan Amani binti Wan Mohammad
Special Task : Muhammad Nu’man bin Aziz
: Farhana binti Ghazuddin
Multimedia : Zubir Asadi bin Mohamad
: Mohd Aiman Izzat bin Abdullah
Catering : Abdul Hanan bin Abdul Salam
: Siti Rugayah binti Hasan
Setiap biro ada subcom nya..tp aku tak berapa ingatla pulak.maaf byk2 ye! Yang paling aku ingat ialah subcoms aku iaitu Mubin, Beah, dan Faezah. Terima kasih byk2 atas komitmen yang you all berikan. Memang menjadi satu dugaan pabila melaksanakan jobscope masing2 ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.
Secara peribadinya, macam2 yang perlu ku tempuhi dalam melaksanakan tugas dalam biro Special Task. Antaranya aku dalam ‘dilema’ samada perlu membuat pamphlet atau booklet. Awalnya, aku diminta membuat pamphlet. Aku pun buatlah pamphlet. Masalahnya dalam pamphlet tersebut perlu dinyatakan organisasi komiti, senarai nama ALA 0607, tentative program, senarai aktiviti tahunan dan sebagainya. Ini mencabar kreativitiku dalam menghasilkan pamphlet yang baik(cewah!!!). Yang aku tertanya2…muat ke nak letak semua tu dalam pamphlet? Kemudian aku mendapat arahan utk membuat booklet, bukannya pamphlet. Takpelah…cuma edit je mana yang patut. Tak lama pastu, kena wat pamphlet lak. (Aduhaiiiii…..). Masa semakin suntuk sgt, aku masih belum dapat senarai aktiviti tahunan ALA 0607. Pada waktu yang sama juga, aku belum diberi senarai nama komiti AGM(yang ditulis dalam bahasa arab). Aduhai…aku rasakan begitu banyak kerja2 tertangguh walaupun sudah diagihkan tugasan kepada para subcoms. Akhirnya aku dapat juga 2perkara penting itu. Sebaik aku dapat benda2 tu, dalam otak aku cuma satu perkara iaitu tashih. Ye….aku perlu mengejar waktu untuk tashih .(Itu lebih penting daripada memikirkan pamphlet atau booklet). Bila sebut tashih je..suspek utama aku ialah Dr. Wejdan.huhuhuhu. Sesungguhnya ustaz memang terer atau kata lain master bab mengenalpasti kesalahan bahasa arab dalam kalangan students. – Teringat dlm kelas Advanced, semua kena serius terutamanya presentation. Pendek kata takde istilah main2 la dalam hidup budak2 Advanced.huhu. Tapi ramai students tak tau, di luar waktu pembelajaran, ustaz okey dan kelakar je...macam kita2 je. Rugilah pada mereka yang tak kenal beliau. – Aku rasa lega sikit bila dah tashih, tapi masih ada perkara lagi yang masih pending; pamphlet vs booklet? Tak lama pastu, PM mesej aku supaya meneruskan usaha buat booklet.okey…aku takde hal. Saban hari kedengaran dalam kalangan budak2 BARB mengenai siapa yang bakal menyandang sebagai pemimpin ALA 0708. Ingin juga aku sertai perbualan mereka tapi apakan daya…aku tudak punyai waktu untuk ‘lepak2’. Di waktu aku kalut dengan segala jobscope special task, pada 20 Oct 2007 jam 2.54pm aku mendapat mesej daripada kawan rapatku yang juga PM AGM…mesej itu berbunyi “Slm. Tahniah, Sukacita dimaklumkan bhw anda dilantik sbg ahli majlis tertinggi ALA sesi 2007/ 08.Anda diminta hadir AGM pd 23 Oct jam 8.30mlm di MINI AUDI..Tq.” Mula2 aku tak faham nape aku dapat mesej itu. Aku bertanya sendirian…dia salah bagi mesej ke? Nape aku dapat mesej ini? Aku dipilih menjadi exco ALA 0708? Layakkah aku? Adakah aku sanggup berkorban utk ALA? Adakah aku bersedia memikul tanggungjawab sbg pemimpin ALA? Ku abaikan dulu mesej itu kerna kena perlu siapkan tugasan2 ku ini. Kemudian aku mendapat mesej lagi pada 21 Oct 2007 jam 1227am yang berbunyi “Harap dpt terima tawaran menjadi ahli majlis tertinggi ALA dgn senag hati…Mari bersama meningkatkan prestasi ALA”. Maaf sangat2 kat ko, adil. Aku mmg tak sempat langsung nak balas mesej kau.
Berbalik kepada ‘dilema’ aku, akhirnya kami telah sepakat utk membuat booklet (kpd VIP) dan pamphlet (kpd audiens). Haaa…baguslah macam ni. Pada malam sebelum AGM, aku serta subcom ku, beah bersengkang mata menghasilkan booklet dan pamphlet yang menarik. Oleh sebab kita sambut raya, maka dalam booklet and pamphlet tersebut perlulah dihiasi dengan unsur2 raya kan. Haaa…teringat aku, pada siangnya aku n beah penat sangat. Maka malam tu(selepas final touch) kami bersama2 buat booklet n pamphlet…hmmm masing2 dah mula merepek merapu meraban tah apa-apa tah. Akhirnya booklet n pamphlet itu siap pada jam 5am. Rasa cantik lak hasil keje kami. Lepas tu apalagi, kami pun tido jam 530am. Esok paginya aku class jam 8am.huhu. lepas abes class dalam jam 3pm kot, aku dimaklumkan untuk menyediakan hadiah kpd pemenang lucky draw. Then, aku dan subcom iaitu faezah bergegas ke KL Central.
Malamnya tu berlangsunglah AGM 2007. mulanya tu, kehadiran macam biasa je. Tp lama kelamaan, terkejut lak aku bila tgk mini audi penuh, sampai duduk kat tangga pun ada. Waktu tu, aku nampak komiti-komiti lain ‘mengorbankan’ tempat duduk mereka di samping mencari kerusi dari luar. Pihak PC memang tangkas mengatasi masalah ini dan kami sedaya upaya memberi kepuasan kpd semua hadirin yang hadir ke ALA AGM 2007 ini. Semua biro menjalankan tugas dgn sempurna. Pub&Pro berjaya menarik ramai hadirin. Prep&Tech..backdrop yang cantik. Catering..makanan yang sedap(macam2 ada..maklumlah suasana raya) dan kemas. Multimedia…video yang canggih(maklumlah klu brothers yang buat). Biro aku, Special Task…timing sgt tepat pabila beri hadiah(siap dipuji oleh PC dalam postmortem). PC..good job! Program teratur dan berjalan lancar. Haa..Banner AGM cantik sgt. Bagi aku…cantik sangat! Dengar khabar, zubir yang design. Zubir, ko memang kreatif!.
Okey…saat yang ditunggu telah pun tiba. Melalui AGM inilah kita dpt mengetahui seluruh aktiviti sesebuah kepimpinan dan juga bajetnya dalam tempoh setahun. Setelah selesai ucapan Setiausaha ALA 0607, Ijal dan Bendahari ALA 0607, Nizar maka majlis diserahkan kepada abg taufik selaku Presiden ALA 0607. Kemudian saat yang ditunggu telahpun tiba. Pengumuman kepimpinan ALA yang baru (iaitu utk sesi 0708) dilakukan oleh advisor ALA yang sgt kita sayangi iaitu Assoc. Prof. Dr. Rahmah. Satu persatu empunya nama diumumkan dan mereka dikehendaki naik ke pentas. Di telinga ku kedengaran bualan org ramai mengenai keyakinan mereka terhadap kepimpinan baru ini. (Insyaallah taala..). Mungkin kerana kebanyakkan dari kami telah biasa mengikuti serta organize program2 ALA. Ada juga yang tidak berapa kenal dgn kepimpinan baru ini(takpelah…bila poster siap nnt, mereka kenal la AMT ALA 0708). Sesungguhnya pabila berada di atas pentas, fikiran aku kosong. Maksud aku…secretariat apa yang aku pegang? Siapa pula partner aku? Siapa ye yang pegang secretariat ni dulu? Di atas pentas, ada ketikanya semua kepimpinan baru ini tak larat nak senyum huhu (mungkin penat kot, yelah, majoritinya komiti AGM). Tapi ada ketikanya senyum sampai ke telinga dan dewan menjadi meriah sgt dengan gelak ketawa semua org terutamanya pabila President ALA yang baru (0708), Adil manyampaikan ucapan. Hmmm biasalah adil klu bg ucapan mmg sempoi dan selamba giler. Tapi yang paling aku ingat ialah pabila President menyeru kepada hadirin mengenai tagline ini “BEKERJA DENGAN KAMI, BUKAN UNTUK KAMI” (macam ucapan Paklah je..)
Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar. Postmortem pun okey…takde tegang2. masing2 berterima kasih. Seperti yang dijangka, masing2 berpuas hati. Apabila dah selesai semua dan kemas mini audi dan catering, apalagi…semua pun balik bersurai. Setibanya aku di mahallah, aku mendapat mesej dari Ijal ex-s/u ALA 0607, “Aslmkm..thniah ats taklifan sbgai pnggerak ALA. Jln’n tugs dgn smngat & mint. Akn smpai mse kmu rse t’tekan, tp kne byk sbar. Tugs2 gk, stdy jgn abai” . klu tak salah aku, Ijal mesej kpd semua AMT ALA 0708. Pesanan dia mmg suntik semangat kami. Mula2 mmg ada rasa tak yakin, tp apabila baca mesej2 di atas dan di dalam handphone ni, aku terus bina prinsip sendiri “Pesan pada diri: aku berkorban untuk orang lain, bukan kepentingan diri! Tidak ku gentar kerna aku tidak keseorangan dalam ALA”.

Inilah antara banner yang paling cantik dalam ALA(takde gambar banner yang sebenar).


Menanti detik-detik peralihan kuasa (gambar: ALA0607)




Detik-detik setelah peralihan kuasa.Serius mengenai masa depan society. (gambar: ALA 0708 rasminya sbg penggerak ALA).



Lucu dengar ucapan President ALA 0708







Suasana tenang sewaktu post mortem (gambar: Jali selaku Headcom PC)





Kenangan kepimpinan ALA 0607



Antara komiti ALA AGM 2007