Semuanya untuk Nadi

Semuanya untuk Nadi
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
"Takdir kadang2 mempertemukan sesuatu tak diundang, menduga dalam bermacam ragam, memberi apa yang tidak dirancang..memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan. Namun takdir menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menusuk panahan sang ketabahan, menyemai benih keakraban, serta memberi peluang menilai siapa sahabat siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.."

Tuesday, December 28, 2010

Welcome ALA 2010/2011

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.....

Cepat je masa berlalu... 
langsung masa tu tak cakap "bye.. bye.." ke, "ilal liqak (macam dalam video kartun mukhayyam)" ke, " see you again" ke...  

Dikhabarkan esok Rabu 29 Disember 2010 akan berlangsungnya AGM ALA -kali...?? yang ke berapa ye...(rasa tak seorang pun amek tahu ulangtahun AGM nih)- di Mini Auditorium UIAM Gombak pada jam 8pm-11pm.

Mini Audi...

itulah lokasi tradisi sasaran warga Barb bagi menyaksikan peralihan kuasa tampuk kepimpinannya hampir setiap tahun. Bagi aku, dewan ini segalanya buat budak Barb dan ALA. Dah dapat booking dewan ini pun dah buatkan mereka tersenyum mekar!! Syukur dipanjatkan hanya padaNya.... 

Bagi aku, dewan ini pencetus pelbagai perasaan dalam diri...suka, marah, kecewa, sedih, gembira, tertekan, bangga (senaraikan je segala jenis perasaan. haha~~). 
1) Bagi yang baru naiki takhta, biasanya ada perasaan begini : suka, berdebar, gemuruh, bangga, takut, terbeban dan lain-lain.
2) Bagi yang baru serahkan tanggungjawab, biasanya ada perasaan begini : suka, lega, sedih, gembira, 'bahu ringan', 'selamat....'dan lain-lain.

Yang no (1) tu...rileks la~~~ kalau pun langsung tak berpengalaman untuk pegang apa2 post (sebelum jadi AMT ALA), jangan le takut... sebab u all bergerak sebagai satu pasukan! kalau seseorang tu hebat mana pun, tapi bergerak secara solo dan tiada sokongan ahli yang lain...hmmm tak leh gak. Jadi, bersama menggembleng tenaga untuk menerajui ALA!!


Yang no (2) tu...amboiii~~~~~ tau le dah tak pegang society, tapi jenguk2 le dan hulurkan lah bantuan, tunjuk ajar pada line up baru tu. Kalau bantuan dihulurkan hanya dalam induction je, huiisshhhh hmmmm tak boleh la mcm tu.



Bagi aku, dewan ini pencetus segalanya buat ALA. Diari baru dibuka bersama. Matlamat para pemimpinnya adalah sama..berbekalkan keazaman serta usaha yang terbaik dalam setiap diri mereka. Namun, seringkali lupa untuk menjenguk setiap helaian diari lama... kuning...sekuning Yellow Pages, kemudian ianya rapuh lalu terkoyak. Tidak sempat untuk mentelaah isi kandungannya, tidak sempat mengkaji setiap episod baik buruk di masa lampaunya. Lantas....langsung ia dibuang begitu sahaja.. Bagi yang menjaganya, pasti ada inisiatif untuk peliharanya (merepek~~~).


*aku tiba-tiba teringat sewaktu membaca surat-surat allahyarham moyang, pendeta Zaaba (Zainal Abidin Bin Ahmad) kepada atuk aku, allahyarham Mohd. Ghazali bin Nordin begitu juga sebaliknya. Serius.... tak berani pegang!!! takut terkoyak....

Buat para AMT ALA yang terkini sesi 2010/2011, 

secara peribadinya, akak tak kenal la u all adik2 nih... rasanya cuma kenal tak sampai 5 orang kot...huhuhu. (takde kaitan~~)

jangan terlalu mengharap mantan ALA untuk menjenguk u all, kerana langkah terbaik ialah ANDA YANG SEPATUTNYA MENGORAK LANGKAH KE ARAH MEREKA.

rapatkan ukhuwwah sesama kalian dan DALL.

Kami batch ALA 07/08 sayangkan ALA, cuma ianya tidak dapat dizahirkan... (takde kaitan~~) 






***** TAHNIAH BUAT SEMUA PEMIMPIN ALA 2010/2011... SEMOGA LEBIH SUKSES******



Tuesday, August 17, 2010

aduhaiiii aku nih.......

tadi lepas abes clas komputer..dengan taqdiim rasa aku yang tah pape nye...aku menapak pulang ke mahallah asiah, dengan kedua belah tangan sarat 1 beg guni jenama avon berisi buku library dan 1 beg guni besar berisi jubah2 pemberian Dr Rahmah kepadaku. Terima kasih ustazah....
Fikiranku melayang..tanpa menghiraukan keselamatan diri ketika melintas jalan. Teringat aku dengan 'kehidupanku' pada hari ini...
Ahad lepas ustazah ada call (tp tidak ku jawab kerna tak perasan) aku apakah aku berada di uia petang itu... aku jawab, "maybe saya sampai uia dalam jam 430pm kot. nape puan?" huhu. ustazah memberitahu..plannya mengadakan miting dengan wakil PG setiap department. Aku mengerti maksudnya.. Nak jadikan cerita, aku pasrah lagi redha sekiranya aku tidak menjadi 'komiti' persatuan PG kuliyyah IRK. Tiada kaitan soal giler pangkat ke giler kerja ke giler segala giler la....cuma hati nih rasa terkilan sekiranya tidak bekerja bersama Dr Rahmah. Kenapa?...sebab aku rasa 'makin dewasa' pabila melaksanakan urusan tertentu. Banyak yang dapat kupelajari daripadanya. Kurasakan rugi jika tidak menuntut ilmu daripadanya. Itu lah sebab utamanya....
Hmmmm klu takde rezeki, takpelah....huhu.

Then tadi di waktu on the way dari level 3 ke level 2...ku tegur Dr Saupi. Di awal perbualan kata ustaz,"haaa ana teringat psl duit tu...". "Takpelah ustaz, nanti2 lah pasal tu," "Ana tengok enti, baru ana teringat..muka enti ada tulis d.u.i.t" seloroh ustaz. "Eh takpe ustaz, nanti2 je saya jumpa ustaz pasal tuh. Sekarang nih saya banyak masalah nak fikir". oppppsssss.......

Tak lama lepas tuh, Nizar pun datang menyapa ustaz. Kami bertiga menuruni tangga. Sesampainya kami di level 2, aku meminta diri dulu namun dhalang. Selesai urusan dengan Nizar, ustaz bertanya kembali apakah masalahku. Aku segera menjelaskan,"Ustaz, sebenarnya bukanlah masalah...cuma otak nih banyak berfikir je..bla bla bla". kata ustaz,"owhhhhhh..biasalah tuh", Ustaz memberi kata2 semangat. Kemudian perbualan kami terarah kepada ALA. Aku pula yang..."owhhhh...". hahaa.

hmmm...ALA..ALA...
apasal la aku masih terfikir pasal ALA lagi nih..
bila terkenang semula, mana boleh lupa kot.. dulu separuh mati aku hanya kerana ALA. kulanjutkan pengajianku selama 3 1/2 tahun pun kerananya jugak. Aku dah abes tenure pun masih ALA jugak.. masa tuh, perghhhh buat pekak je walaupun tau ada yang tak senang kehadiranku selepas sesi 2007/2008. Semuanya kerana ALA.. ada sebab kenapa aku bertindak sedemikian.. Yang tahu, terima kasih la kerna memahami. Yang tak tahu, biarlah tak tahu.. Yang penting..u all manfaatkanlah pengalaman dahulu kala tu...

Sekarang banyak perkara nak dilangsaikan... DALL pun agak lama tidak kujenguk. Kak Liya dan bos jangan kecik hati ye...heehhe. OR ALA dan debate pun tidak sempat ku singgah..mintak maaf ye.huhu.

Sunday, July 25, 2010

Wahai adik-adik yang amat kusayangi......

kali ini, tiada kiasan kata yang hendak dinukilkan...

cuma kali ini, isinya "straight to the point"..

kepada adik-adik BARB khususnya ALA yang TER-baca post nih...

AKAK MERAYU SANGAT PADA ADIK-ADIK..TOLONG LAH SAYANGI ALA..
TOLONG SANGAT BERSUNGGUH DALAM MEMIMPIN ALA... ERATKAN HUBUNGAN SESAMA BARB. TOLONG LAH DIK.. TOLONG SANGAT...

ALA satu2nya society bdk BARB. Elakkan sebarang klik dalam persahabatan.. Kite nih tak ramai mana,jd perkukuh la ukhuwah kite..  
AKAK TAKUT SANGAT JIKA NAMA ALA INI LENYAP DI TAMAN KITA INI..

Shahir, Naim, Nabilah, Fendi, Nisa dan mereka yang selalu bersama akak, banyak kali akak nyatakan bahawa adik2 ni SANGAT BERUNTUNG....MEMANG SANGAT BERTUAH dapat mengenali mesra, rapat dengan pangkat seniors, Super seniors, Super Super seniors dan Super Super Super seniors... serius, akak langsung tak bergurau. Ukhuwaah ini sangat penting.. Berbeza sungguh dengan kisah kami..sungguh ketara bedanya.. 

Adik-adik ternyata bertuah kerana mempelajari sesuatu secara langsung dari mereka ini. Serius, ini berbeza sungguh dengan kisah kami.. 
Manfaatkanlah segala ilmu yang kami turunkan suatu ketika dahulu..  
Hargailah segala keringat kami ketika bersamamu suatu ketika dahulu....  

sebarkanlah ilmumu pada generasi akan datang..
 


adik-adik yang akak sayangi...


Andai ada tutur kataku menjadi sembilu di kalbumu, Andai ada pekertiku canggung di matamu, Andai peribadiku songsang di benakmu dan merendam jiwa nuranimu...Maafkanlahku dan tegurlah diri ini..


akak pohon... 

usah kalah kepada masalah dan cabaran yang mendatang

kuatkanlah semangatmu
niat ikhlas kite membantu dan berbakti kepada orang lain, INSYAALLAH ALLAH kan membalas segala tindakan kita..

BUATLAH YANG TERBAIK UNTUK ALA..UNTUK BARB DAN DALL..

 BUATLAH YANG TERBAIK UNTUK ALA, ADIK-ADIKKU YANG TERCINTA...


 

Monday, July 5, 2010

Episod 1 dalam "Kembaraku di Taman ini"


hmmm dh bersawang dah blog nih.. dah mcm ikut jejak safuan lak yg malas dah nk pikir psl blog2 nih.huu. tp tetiba je rs nk tulis mgenai pengalaman hidup sejak pertama kali terpijaknya tapak kasutku di muka bumi institut pendidikan yg dsegani ini. 

MCIIUM...yeee nama yg telah lama kuingin sambar. walaupun hakikatnya target aku ialah menjadi seorang tentera..tak kisahlah udara, darat ke...tp apakan dayaku utk menolak takdir. Rezekiku lebih berpihak di Taman ini. Nape ye..aku idamkan UIA nih? hmm takde jawapan yg tepat sgt sbb dulu2 ak bukannya penah melangkah ke sini..cuma sekadar dgr nama je. atau sebab sedara ke? hmmm takde kaitan la.. kak spupuku Along Sheena graduate Benl, dua pupuku Abg Lizi@Dr Alizi juga graduate uia skrg jd pensyarah psychology, adiknya Abg Lippy jg graduate uia bidang Law. tu kira bab seniors.sedara yg pgkt juniors pun ada gak.Rasa mcm gah la UIA nih..lengkap serba serbi. amboiii pujian melangit! tp sah betul sangkaanku...setelah bertahun2 blaja d sini, baru lah ku rasakan bertuahnya diri menuntut ilmu d sini(akan dnukilkan kisahnya pd episod akan datang). 

Kenapa UIA nih perfect?...sbb ak rasa ia seimbang ilmu dunia dan akhirat, juga akademik dan kokurikulum. yg pastinya ia sarat dgn program kepimpinan..inilh yg dcari dlm pasaran kerjaya masa kini! Di matriks, sume tiada yg terkecuali belajar arab, english, komputer dan agama(FKM) dan juga tiap minggu ukhuwaah kite dieeratkan dgn aktiviti halaqah. wahhhh mmg best la. yg pesen pasif waktu sekolah tu...haluuuuu bangun la.. smpai bila nk hidup membatu je. klu cgpa akademik 4.0 tiap2 sem tp cocu zero.....haaaa pejamkan matamu,halakan fikiranmu utk menggenggam anugerah tertinggi itu dlm khayalanmu. jadi ayuh kite bangun! pasti kan tiada sesal..malah byk manfaat dan menyeronokkan!

 *oppss..kejap..kejap. Dr Rahmah kol.... bru je regis master dh ada 'tender'. ustazah balik malaysia je, dah keje kuat.hebat!! Tansri, Azrie bila nk start nih..huu. Sendiri tanya, sendiri jawab la..aku nih pun..~~~

Okeyh..back to the track. Memula aku masuk matriks...aku memang dh nawaitu taknak aktif. aku nk rehat...smpai la dh grad nnt.haha melampau! Kenapa???? sebab aku rasa letih sgt masa zaman sekolah dulu.huuu. sejak darjah 3 tahun 1995 aku menjawat jawatan pengawas sekolah....sehingga lah form 4 2002. takyah dok kira..selama 8 TAHUN berturut2 ak pegang jawatan tuh. Tiap2 tahun2 (plg byk pun 2,3kali setahun) ada kem kepimpinan dan motivasi d serata tempat. Bermacam ragam perangai ak depani. Nape tak reject? Tak letih, bosan ke? Letih mmg la ada, bosan takde..tp kite rasa seronok pabila dpt membantu org. Abes je exam akhir tahun cikgu kelas mesti panggil aku..meeting perlantikan pengawas. Sekolah rendah tak lah sibuk sgt..biasalah program2 pengawas, camping itu ini pengakap dan umah sukan peringkat sekolah. Berbeza kit ngn sekolah menengah..die "up" skit.huhu. Di sinilah bermulanya keringat aku membawa nama sekolah ke peringkat daerah je dlm pertandingan tertentu. Biasanya pertandingan marching dan ihtifal(pidato). hmmm nk jdkan cite..sekolah ni la yg suntik aku bertubi2 utk jd lebih aktif...nama pun sekolah sukan, takkan tak aktif lak. Yang pasti, marching tetap tiap minggu.huu. Haaa nape lak jd pengawas smpai form 4 je? Dah serik ke? Lepas PMR, aku dpt offer ke sekolah lain..di situlah aku sambung pengajian bahasa arab ke peringkat tinggi. hmmmm sekolah nih lain cite lak..tahap keaktifanku berkurangan. Aku byk bersabar dengan suasana di sini. Aku taknak cerita lain melainkan psl kokurikulum.. Nak djadikan cerita, d sinilah aku ada beri sedikit sumbangan dlm marching peringkat negeri. Berbekalkan ilmu yg dtuntut d waktu sekolah yg dahulu...kucurahkn pd rakan2 sekolah kini. tapi...(Haiii tak mampu aku luahkan...buat yg mengerti, terima kasih kerna telah menjadi sebahgian kisah silamku). Peringkat negeri tu.....Jangan sesapa kata hebat!! Entah kenapa aku rasa malu...huduh sungguh persembahannya! Peringkat rumah sukan pun belum tentu leh lepas.Okeyh fullstop. Selain tu, d sini jugalah aku jd wakil sekolah utk badminton, bola tampar lagi, debat arab, pantun. Eh pantun?? Ye...hahaha aku pun masih takleh terima apakah kriteria yg membuatkn aku terpilih utk wakili sekolah dlm pertandingn Pesta Pantun. Kisahnya bermula dlm umah sukan..kawan2 suh aku masuk pertandingan pantun. Aku tibai je la...mana penah bahasa berkias2 nih. Tup tap tup tap..kami dpt johan. Tup tap tup tap aku dpanggil utk wakil sekolah. Yg debat arab pun..kerna terpaksa sbb dh takde org. Bahasa dan peraturan tah ke mana..sukati aku je main goreng.hahaa. tup tap tup tap dpt naib juara.haha. Tup tap tup tap dpt lak best debater! hahahaha adoiiii ni lg apa cer??!!! kelakar sungguh. tp ntah kenapa hati aku tidak lekat langsung ngn debat berbanding pidato.

Berbalik kpd pantun..pada hari pertandingan, aku terpilih menjadi 3 org penting manakala seorg sbg reserve. oo maaakk aiiii...bukan main berkias,indah lg bahasa yg perlu dipakai. Kostumnya....aduhhhhhhhhhhhh rimas den!! dh la nk kena pakaian tradisional. tu aku leh terima..tp nk kena pulak pakai tudung melilit tah bape kali tah. dgn jarum setiap pelusuk di kepala "die cucuk tang sini, die cucuk tang sini".aduhhhh rimas sungguh. Tudung kena pakai 2 lak tu..kt dalam tu kami berempat wajib pakai tudung labuh.huuuuuiihhh bayangkanlah... sbnrnya yg merimaskan tuh adalah tudung lilit ngn jarum2 tuh. D venue sekolah A tu, waktu pagi pertandingan pantun. Ak n kawanku sorang nih je kena standby bwk baju sukan..Nape?..sbb kami terlibat ngn pertandingan bola tampar pd sebelah petang.aduhaiiii...pantun tu dh la abes lambat jd kami terlepas satu game kot. Biar lah... Dalam pantun tu ada la kawan W nih, mmg muka die je la wakil sekolah bab pantun2 nih. masa latihan, byk la gak die beri tunjuk ajar...tp bagaikan sume die betul. kadangkala..aku rasa tak senang lak dibuatnya. Masa pertandingan tuh, kami cuma berjaya mara ke peringkat suku akhir. Akhirnya tewas d tgn sekolah B...hanya perbezaan 1 MARKAH JE!!!! Ya Allah betapa kecewa n marahnya kami waktu tu. Nape nk marah? hmm sesapa pun akan marah gara2 kawan W ni langsung tak beli, tak jawab langsung pantun pihak sekolah B tuh.aduhhhhhh sayang giler... patutnya jawab je apapun!!..at least ada gak markah. Abes je pantun, terus kami ke arena sukan gelanggang bola tampar lak.Lupakan segalanya psl pantun..hmm..


Nk djadikan cerita, aku sentiasa mengharapkan kerehatan pabila selangkah masuk ke matriks. tapi.....hahaha apalah daya. teringat aku dgn kata2 beah dgn nada yg serius di bilek mahallah kami,"ko tu jenis never say NO".haha marah sungguh die. kt matriks ak seorg yg 'anti society'..ye society kite. sbb apa? mgkn kerna asal program je mst org sama yg handle, org sama je jd penonton. Memula tu aku igt aku je yg bermasalah kerna punye pendapat begini, rupanya ramai gak berfikiran cmtuh. Kebanyakkannya dr grup 4 dan 5. Tau2 je..wajib g program tu program ni. Tau2 je wajib beli majalah yg kecik tu dgn harga rm4. Tau2 je wajib beli t-shirt society.aduhhh tak kenannya designnya..huuu.

Teringat waktu mukhayyam arabi, leh kata takde sape yg sanggup handle. Tetiba je depa2 nih taknak handle mukhayyam. Nape?...biasalah mukhayyam kan 3hari 2 malam, nk prepare nih makan masa. ...sbbnya psl istima' la. Ust Maad nk jugak buat mukhayyamm sbb mmd dh lama giler tak wat..rasanya dkt 5 tahun kot. Waktu tu Pitcop(director) n Zuliana(Asst) yg incharge. Sian giler kt depa sbb takde org nk sanggup jd komiti. Akhirnya yg jd komiti ialah kami2 grup 5(sister). yg brothers tetap geng2 dr grup 1 dan 2. Baru ni lah kami merasa handle program dgn kawan sama course. 
Tapi....mukhayyam nih la yg 'buka mata kami utk mengenali' rakan2 dari grup 1 hingga 5. Berdasarkan survey yg aku buat (d waktu ALA dulu), sume menyatakan bahawa mukhayyam itu yg terbaik. Ye...aku setuju.


Selain tuh, sukan di waktu Rafest.. cm biasa, sukanku ialah bola tampar. Adah, Chot, Kak Da, Kak Tini, Wansyat, Yusra, Faezah, Suhaila, Hasanah...itulah team kami. Menang ketawa, Kalah pun ketawa. Ketawa je keje...hahaha. Biasa tuh org yg sama je join sukan. Aku selaku kapten bola tampar pegi satu persatu bilek bdk barb utk sama join mana2 sukan wakil society. tp kebanyakkannya tak berkenan. Klu tak minat sukan, takpe lah cuma minta turun sokong rakan2..pun taknak. Nape ye? Aku....aku jd sgt tak paham kenapa. Aku rasakan ada 'masalah' dlm ukkhuwaah ni. Tak best la cmtu kan.... Rafest nih yg plg best ialah perarakan. Semua sanggup tak balik umah wekend,sggup berkorban utk latihan perarakan nih. Aku dedahkan sikit bab marching kpd Pitcop n die handle seterusnya. Aduhhh suka-suka hati die je bg arahan.haha. YANG BESTNYA IALAH KITE KONTIGENT BARB MEMENANGI...KONTIJENT PERARAKAN TERBAIK!!!! hushhh mmg terbaik. Inilah satu lg detik mekarnya ukhuwaah kite. Barb la satu2nya yg bersemangat turun pdg utk perarakan ini. Barb la satu2nya kontijen yg lantang suaranya berbuat bising di tengah2 padang matriks uiam. Oh Allah..betapa indahnya memori itu....


Kesimpulannya..aku tak tau cmne nk jd pasif dlm menjalani kehidupan ini..... ada saja yg 'memanggil' ku. 

Biarlah rehat itu jauh dariku...asalkan dpt melihat ukiran senyuman mereka.




Dari situ, aku berpegang pd prinsip "My Best Commitment to Others"...

Wednesday, January 27, 2010

Buat Nadiku..


dalam diri ini...

apakah mungkin erti sayangku padamu?

dalam diri ini...

apakah mungkin makna rinduku padamu?

dalam diri ini...

apakah maksud risauku padamu?

dalam diri ini...

apakah penting pengorbananku untukmu?

tiada lain..ke sana ke sini hanya untukmu

masa dipertaruhkan hanya untukmu

dalam jemala ini...

apakah cukup keringatku padamu?

dalam jemala ini...

apakah tarikh menyedarkanmu?

dalam jemala ini...

apakah tertunai segala amanahku terhadap mu?

dalam jemala ini...

apakah kau memahami niatku?


Marching Mahallah Maryam IIUM Sport Carnival 2006



video ni masa closing ceremony IIUM Sport Carnival 2006. masa ni aku masih hijau lagi..1st year, sume BARB 1st year sister masa tu majoritinya duk mahallah maryam.asalnya bukan aku yg jd komando jerit2 ni..tp ada sorang sister course apa tah. semasa training aku cuma bantu mereka yg takde/lupa asas kawad kaki..alah bantu gitu2 je. dari situ, secara tak langsung aku kena backup sister tuh. ada ketika aku yang take over.

masa training tuh, macam2 perangai budak2 ni. budak2 BARB lah yg byk bersuara sbb kami golongan majoriti bbanding course lain dlm marching ni. kebanyakan masa dipenuhi dgn gelak ketawa. hmmm gtulah klu dh nama bdk BARB. huhu. bila tang berjalan biasa tu..jalan tak sama lak. yg belakang ckp yg depan laju sgt begitu juga sebaliknya. payah betul nk jalan seiringan walaupun dh jerit "kiri...! kanan..! kiri...!". keseluruhannya training kami tak penah tension, asyik gelak je.. Kakak watan yg train kami tu pun tak tau dah nk wat apa..huhu.

pada malam sebelum closing tuh, aku dkhabarkan sister tu terpaksa gi hospital sbb patah kaki. jgn kata dkhabarkan, kebetulan aku sendiri nampak dia dipapah keluar dari blok C menuju ke ambulance. tp waktu tu harap pandanganku salah. tak lama pastu kakak watan maklumkan bhw aku kena jd komando esok. aku? ...tarik nafas,,.. fuuhhhh...hmmmm

esoknya rommate aku nabilah (budak biotech, uia kuantan) volunteer bekalkan air glukosa kpd semua platun. aku merana gak la berminggu2 ni sbb dikawal rapi oleh kwn2..tak boleh minum air sejuk tp kena telan air asam jawa. ni yg aku takleh terima.. depa sanggup keluar duit sendiri belikan air asam jawa utk aku.aduhaiiii dh mcm hidup berpantang ini itu. huhu.


sebelum pertandingan, masing2 berpesan.."oiiii keluarkan suara!!!! pedulikan apa org nk kata!!". hmmm bila tgk video ni...aduyaiiii teruknya persembahan kontijen kami ni.huhuhu. aku sendiri rasa tak selesa..sbb laju sgt!! tak 'bebas nk lenggang'..tangan tak sempat separas bahu n hayun habis. kami mmg langsung tak target menang apa2 bila dbandingkan ngn kontijen mahallah lain especially mahallah Halimah(khabarnya juara bertahan marching).


Mula2 diumumkan keputusan sukan.. Volleyball aku kalah..hahahaha!! tp Aku, Cot n Adah mmg hebat bab menendang bola tampar ni.. Cot la otainya.. Pastuh diumumkan pulak keputusan marching.. Kami dh malas dh nk dengar..sbb dah dah tentu kalah. (terjemahan : "Kini saat yg ditunggu dh pun tiba..Juara bg kategori Marching IIUM Sport Carnival 2006 jatuh kepada Mahallah Halimah!!"). Semua mahallah dh jangka kemenangan ni. Khabarnya trainer depa sgt hebat.. kemudian "Tempat kedua...", semua warga UIA terkejut. Ada tempat kedua??? Senior kata sebelum ni tak pernah ada 2nd place. "Tempat kedua Marching 2006 jatuh kepada...MAHALLAH MARYAM!!" semua platun menjerit, tak sangka menang! Laungan 'semangat' aku laungkan, kemudian suara rakan marchers berkumandang.


Sebenarnya..tak sangka dpt naib juara pun sbb mahallah lain boleh tahan gak. Walau apa pun aku tetap bangga. Kenapa aku bangga?..sbb seminggu sblm pertandingan ni Dr Rahman(waktu tu Head Dept) ada cakap kt aku bunyi lebih kurang begini "Saya nk budak2 barb ni keluar dari kepompong, tunjukkan kita ni boleh di luar bidang kita". Aku bangga sbb dalam kontijen Mahallah Maryam ni ramai budak barb join marching. Kakak watan tu pun kagum. Aku turut kagum ngn semangat kawan2 semua...yg aku igt Dbah, Ekin, Sarah, Adah, Ila, Faezah, Yusra, Kak Tie(wktu tu), Faridah sape tah lagi. Kenangan kita tersemat selamanya...