Semuanya untuk Nadi

Semuanya untuk Nadi
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
"Takdir kadang2 mempertemukan sesuatu tak diundang, menduga dalam bermacam ragam, memberi apa yang tidak dirancang..memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan. Namun takdir menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menusuk panahan sang ketabahan, menyemai benih keakraban, serta memberi peluang menilai siapa sahabat siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.."

Sunday, December 4, 2011

Tekanan juga ni

sejak akhir-akhir ni bermacam dugaan datang...
menguji kesabaran dan ketabahan kami sekeluarga seluruhnya...
abah adik beradik, nenek, sepupu...
Alhamdulillah...
tiada apa keretakan yang berlaku dalam keluarga kami...
cuma...
semua ini berlaku gara-gara dia...
bertahun-tahun lamanya kami menjejaki dia dan keluarga...


untuk merapatkan hubungan...
untuk mengeratkan ukhuwwah...
untuk menyuburkan kasih sayang...
untuk menyedarkan tanggugjawabnya yang belum terlaksana...

ada harapan, tapi tak tergenggam
sedih..
tiada langsung salah kami padanya
tapi kami pula 'mangsa'nya...

baru ini...
dapat jejaki beliau di facebook
mesej di tinggalkan dalam inbox
esoknya...
kami hampa...
tegar dia delete akaunnya...
tentu dia takut kami berjaya jejakinya...
pasti mereka takut...
takut sekali....
takut sangat....dengan bayang-bayang mereka sendiri.

Tapi...
mungkin dia lupa...
alam di sana menanti...
setiap insan pasti ditanya...
Inilah sewajarnya untuk ditakuti...
apakah sempurna sudah tanggungjawab kita?
apakah terlaksana yang dituntutNya?
Apakah jawapan kita kelak..

Keadaan ini...membuatkan kami tension
Kasihan sekali pada nenek...
(Allah....sabar2, jangan nanges)

Personally,
Kesabaranku tercabar...
sangat tercabar...
kerana amanah dilepaskan begitu sahaja...
manakala kau...
gembira, ceria, bahagia sentiasa di sebelah sana...

Namun...
satu je yang disemat...
Allah kan bersama kita...
Tetap bersama kita...
Tetap yakin dengan pertolongan dan kekuasaanNya...
Allahu Al-Musta'an.

Buat novelis terkenal itu , semoga dibukakan dan dilembutkan hati sebelum terlambat.

Sunday, August 14, 2011

rojak

Alhamdulillah.. hampir setengah bulan Ramadhan kita tunaikan ibadah puasa. Selama tu juga la aku berada di rumah tanpa balik UIAM walaupun rental lidv tetap 'berjalan'. Alangkah ruginya....tapi lantaklah, sebab apa-apapun, keluarga tetap yang utama! haha macam ni lah gayanya kalau rumah dekat.

Okeh, esok confirm balik UIAM. Kenapa? ....hmmm sebab nak buat miting sikit memandangkan program batch akan berlangsung hujung minggu depan. Sekali lagi, diberi kepercayaan oleh sahabat2 batch untuk kendalikan program ini. Kali ini, programnya sangat simple. Mudah. Tak perlu fikir banyak. Janji....dapat berkumpul sama2 sesama 16th BARB batch. Tentatifnya....tibai je nanti. haha.

Sambil tu, aku sibuk gak cari rakan2 yang mahukan tugas2 sebagai RA sebabnya ramai juga lecturer perlukan khidmat pelajar untuk bantu mereka. Alhamdulillah rezqi kawan2. Aku..?? hmm aku bukannya tolak rezqi tapi...takut tak terdaya. Gemuruh juga memikirkan pabila buka sem nanti... Allah Al-Musta'an.

Ni lagi berita..... sedih nya la sangat. Aku baru je angan2...kemungkinan 93% insan yang bakal menjadi second reader tesis aku ialah Assoc. Prof. Dr. Razak As-Saadi. Tapi itulah...sedihnya sangat sebab beliau menamatkan perkhidmatannya di Malaysia ini selepas berlangsung 3rd ICALL nanti. huuu...sedih sungguh hati  ini.

Beliau sangat disegani oleh semua termasuk para pensyarah dari DALL mahupun dari jabatan lain. Semua urusan terutamanya bab hukum-hakam agama, perihal bahasa dan lain-lain dirujuk padanya. Khutbahnya...huishhh sedap, mantap, penuh menarik perhatian semua telinga yang mendengar dan mata yang melihatnya. Aku sempat menuntut ilmu darinya dalam kelas Tarikh An-Nahu. Begitu juga kelas tambahan yang diajarnya pada setiap petang Khamis di masjid. Orangnya puntual..pasti hadir ke kelas, kalau lewat pun cuma 5 minit je. Kalau lewat lebih dari tempoh itu, pasti beliau maklumkan pada kami. Dalam kelas...yang boleh aku cakap, gayanya bukan sahaja MENGAJAR kami bahkan juga MENDIDIK. Mendidik itulah yang paling penting dalam diri setiap tenaga pengajar. Tutur katanya pula sangat lembut...jelas menyebut setiap perkataan. Punyalah khusyuk, hinggakan tak terasa tamatnya waktu kelas. Jika bab tashih, beliau pasti menerangkan mengapa begini dan mengapa begitu. Setakat yang kudengar, semua orang senang dengan beliau, sangat menghormati beliau.

Buat bakal-bakal pengantin.....Selamat Pengantin Baru. Maaf tak dapat hadir...awal2 Syawal ini aku masih lagi sibuk beraya bersama keluarga. Biasanya..memang full la sebulan raya, adakalanya lebih dari itu. Pabila sebut raya, dah tentu lah menziarahi saudara mara yang lain. Saudara mara pula.....bukannya cukup sekadar kenal "dia ni sepupu, itu pak sedara, mak sedara, anak sedara bla bla bla", tetapi tahu dan kenal anak2 saudara, 3,4 pupu...orang tu kahwin dengan orang ini, moyang dia tu biras kepada maksedara atuk dia belah ayah, bla bla bla...

Okey....akhir kalam. Assalamualaikum

Monday, May 9, 2011

hampir meletus..

Pabila 'berita' ini aku sampaikan pada kalian...kalian gembira, suka. Ada yang kata program aku nih menarik dan sangat ditunggu-tunggu oleh kalian. Haii sahabat-sahabat...ingin aku ingatkan bahawa 'berita' ini bukanlah salah satu perancanganku untuk kalian, juga ia bukanlah salah satu program yang ku anjurkan untuk kalian. Ya, aku tahu kalian punyai harapan yang tinggi pada aku untuk menghimpunkan kita sekeluarga...meskipun tidak sampai  setahun kita berpisah sejak konvokesyen tahun lepas. Terima kasih atas harapan yang kalian taruhkan padaku untuk ukhuwwah kita semua. Aku sendiri tidak pasti apakah kelebihanku dalam urusan ini. Mungkin kerana pendapat/pemerhatian kalian tentang keringat silamku di Taman yang kita cintai ini. Aku secara peribadi punyai idea untuk utuhkan ukhuwwah kita melalui usaha-usaha tertentu, namun kuharus mengalah akan kehebatan masa...ia meragut kelapanganku untuk kalian. Kutahu pasti ada hikmahnya semua ini.

'Berita' ini...kusebarkan secara senyap. Tidak semua tahu demi menjaga hati sahabat-sahabat yang lain. Hanya yang terpilih sahaja aku khabarkan. Aku tidak bias, aku tidak dapat pinda apa-apa...kerana ianya amanah yang ditaklifkan padaku. Kupohon pada sahabat lain agar mengerti niatku. Apapun, Tahniah pada yang terpilih.....

Sahabat-sahabat....
Berbulan-bulan masanya kucetus idea untuk maklumkan pada kalian. Lama juga hendak kukarangkan...agar tidak berlakunya salah faham mengapa sahabat-sahabat lain tidak terpilih. Ternyata kalian sangat gembira, suka, teruja sebaik sahaja berita ini sampai ke pengetahuan kalian. Alhamdulillah. Aku pun tidak terkejut dengan maklumbalas kalian terhadap 'berita' ini. Sesiapa pun yang mendapat tahu 'berita' ini, pasti dia kan gembira, suka dan teruja..itu adalah pasti!

Namun sahabat-sahabat....
Aku cuma pohon satu perkara sahaja......tolong la beri maklum balas pabila aku utuskan pesanan dalam inbox hp mu. Ada juga yang aku hubungi....tolong la jawab jeritan hp mu itu. Tindakan negatif kalian amat mengusutkan fikiran aku. YA.....IANYA MEMANG PERKARA YANG REMEH..SANGAT REMEH. 


Mak selalu kata bahawa aku seorang yang selalu memendam perasaan. Pada mulanya, ku tak percaya..tapi akhirnya ku benarkan dakwaan itu.

Apa perasaan awak, pabila SMS atau panggilan kita tidak dijawab? 
(Jawapan: Selamat kredit aku~~) atau (biarlah~~ lagi bagus dia tak jawab) dan lain-lain jawapan.

Tapi tidak bagi aku (to all......)
Sesungguhnya...2 perkara ini sangat mudah membuatkan aku STRESS. ya...orang kata, "giler-giler ah stress aku!" Pabila ianya berlarutan dan dilakukan oleh orang yang sama...............ini boleh mencetuskan KEMARAHAN ku.

Kenapa pula nak stress, nak marah?
Respon kalian yang tidak mengendahkan SMS atau call itu...secara tak langsung boleh menjadikan segala urusanku pending..walhal kalian tahu bahawa urusan ini tidak melibatkan anda seorang tetapi ramai pihak. Kalian juga tahu bahawa usahaku ini untuk kalian. Harus diingatkan...USAHA INI UNTUK KALIAN!!!

Yang paling mencabar kesabaranku hingga boleh grrrrrrrr aku....
Pabila ingin mohon bantuan...cepat saja  hubungi aku. Aku tak kisah itu. Selagi mampu hubungiku, silakan. Aku cuba bantu apa yang termampu. Waktu ini...nampak jugalah kemesraannya terhadap SMS aku. Namun, setelah apa yang dihajatinya dipenuhi, everything back to normal. 
Dah macam habis madu sepah dibuang.

Dah bertahun-tahun aku di Taman ini, baik sahabat mahupun adik-adik....tidak semua, tapi hampir kesemua disekelilingku begitu. 
Kadang kala, terasa kudrat diri ini dipergunakan dan dimanfaatkan hanya di waktu tertentu atau genting mereka... Allahu Akbar.....muhasabah diri.. Aduhaiiii...sabar ye hati.

Aku tidak kisah langsung sekiranya kalian abaikan SMS yang tidak penting, tapi tolong lah...kalian pun tahu keadaan semasa, tahu perihal itu penting atau tidak. Jangan kata tiada kredit. Jangan kata lupa. Mustahil berminggu-minggu lamanya takde kredit. 


Mengenai 'berita' ini, kalian tahu perancangannya. Kalau ikutkan hati jahatku, inginku biarkan kalian hanyut bersama perancangan yang belum pasti ini kerana ianya langsung tidak berguna padaku. Ya...langsung tidak berfaedah padaku, tapi ianya sangat penting untuk kalian. Aku boleh tapi kalian tidak dapat realisasikan 'berita' ini sekiranya tidak beri maklumbalas terhadap sistem pesanan ringkas itu. Bersyukurlah kalian ada yang mahu uruskan hal kalian. Aku tidak harap kalian hargai usahaku..aku cuma harap kalian beri kerjasama untuk kebaikan kalian. Itu sahaja!

Allah...aku sedih sangat. Keadaan semuanya hampir sama dalam apa jua situasi.

Tiada siapa hendak dikongsi.. Malas nak tulis dalam dairi, maka laman ini lah sasaran diri.



Wednesday, January 5, 2011

Kami....

Aaaaaaaaaarrrrrggggghhhhhhhhh........!!!!!!


tak dapat lagi menahan nafsu.... nak tulis gak!!!!


..........................(^_^).............................


Baru sekejap tadi, kami chatting di YM. Biasa juga dua sahabat ini menganyam bicara... 

Aku melihat sahabat ini punyai masa depan yang jauh, punyai perancangan yang tersusun rapi... Di mata orang, apa yang dirancangnya agak mustahil untuk dicapai. Memang sangat mustahil sebab perancangannya kadang2 tak tercapai dek akal. Namun prinsipnya cuma satu.....iaitu Jangan Menyusahkan Kerja!! Mungkin itulah sahabat ini merasakan Apa Jua Impian Kita Boleh Genggam!!!!...bersulamkan matlamat urusannya adalah ikhlas hanya kerana ALLAH.



Apa yang kami bualkan?

Biasalah....mestilah banyak bualan kami kan..... (Takkan la sembang cakap "salam.... hye... bye.." je kan).


........................................................................................................

Tapi tadi, antara yang sangat menyentuh hati ialah :


Sahabat : Aku hasil keluaran ALA. Aku kena bagi yang terbaik untuk ALA, sebab aku berilmu pun atas pertolongan ALA. Suma ni ikhlas...

Aku : Terima kasih banyak ye polan..

Sahabat : Menjaga nama baik ALA.....ada la rezeqi kehidupan nanti.


ohhhhhh~~~~~ aku serius nak menangis. Lambat juga aku reply chatting dia tadi..



Muhasabah diri....
Ada yang masih niat begitu..aku bersyukur pada ALLAH kerna ada sahabat begini. Bukan satu dua, tapi hampir semua sahabat yang sama2 menggembleng tenaga untuk ALA ketika dulu samada mereka ada jawatan atau tidak. Sahabat ini??...tidak pernah menyandang jawatan dalam society. Sayangnya....mereka ini jauh dari Taman Ilmu dan Budi ini.



Kenapa aku tak tengok ALA pada tenure yang lepas??

Ini soalan yang menjerat diri....tapi aku punya alasan tersendiri. Alasan yang memang tidak dapat kuelak.

Sem lepas merupakan pementasan aku yang pertama di arena Master ini.  Aku hidup dalam keadaan yang agak tak tentu hala. Aku tercari-cari di manakah aku yang sebenarnya..dia yang sentiasa :
1- berkepit dengan Diary Executive Planning tahunan (hasil keluaran Takaful Ikhlas)
2- setel kerja on time (91% okey...)
3- punyai masa bersama kawan2 dan adik2
4- sibuk tapi masih lagi waras.


Waktu yang sama, masih ke sana sini menggenggam dokumen2 yang perlu disetelkan.

Waktu yang sama, kami (aku dan kawan) punyai tugas di ofis (Ofis yang sentiasa diterjah program2 besar, so far takdelah banyak sangat, slow down kit sebab sem lepas puasa dan raya). Program yang memakan masa sebulan walaupun ianya berlangsung pada hujung minggu je. Ada juga tekanan di situ..tapi masih boleh tersenyum. 

Waktu yang sama, biasalah assignments nih kan..... 3 kali ganda penangannya daripada arena sebelumnya.

Waktu yang sama, tak nafikan..ada sekian2 warga dewasa ini menanyakan aku mengenai ALA. Yang aku tahu...sekian2 tarikh depa ke sini ke situ mukhayyam, program itu ini bla bla bla. Tapi terkilan juga lah pabila lewat dikhabarkan sekian2 perkara...tak mampu berbuat apa.

Tapi...dari dulu kala lagi, sejak berakhirnya kepimpinanku secara rasmi untuk ALA, aku selalu pesan pada mereka : Kalau ada apa2, leh gtau akak. 
Ada juga khabarnya...mereka ingin memberitahuku, tapi berita itu terdahulu sampai ke telinga kawan itu sebelum aku. Mungkin juga mereka mendengar kata2 kawan itu agar tidak 'menggangguku' sebab waktu tu keadaan agak tegang sedikit. Allahu a'alam.

Hampir hujung sem lepas, seorang junior telah memberitahuku segalanya. Faktanya lebih kuat...mungkin kerna kedudukannya. Junior ini....aku tak pernah kenal dia secara langsung, tak pernah duduk semeja apatah lagi sembang panjang2 jela..no hp dia langsung la aku takde.

Tegang~~~ dalam erti kata lain, stress atau tekanan. Masing2 ada tekanan masing2. Tu semua bergantung pada individu itu untuk mengatasinya. 

Dalam sejarah hidup di Taman ini, aku juga pernah stress. Ye, tak dinafikan ALA antara penyebabnya. Namun stress ini datang atas kesilapanku sendiri...waktu itu (1st year) aku tidak ada diari kehidupan. Segala appointment dan assignment aku conteng di merata tempat...adakalanya bergantung sepenuhnya pada kapasiti otak untuk menyimpan maklumat. Semua tu di ambang waktu memegang society tuh. Pengajaran yang sangat bermakna. Sehingga kini aku masih bersama diary executive planning tahunan itu, jika tidak...(ntah la).

Selebihnya, stress tetap ada tapi masih terkawal. Aku suka dengan kehidupan stress ku itu. Ye, aku rindukan waktu itu. Satu program banyak jawatan/tugasan perlu dipikul. Tak perlu tension sangat, sebab kita hidup di bawah bumbung yang sama iaitu ALA. Syukur...ramai sahabat dan lecturer yang membantu dan memahami. Ke sana ke sini untuk kebajikan orang lain. Yang muda, kita sama bantu agar mereka tahu memimpin di masa akan datang. Sebaliknya, hmmm no komen. 

Apapun, semuanya berbalik kepada niat...MENGAPA PEGANG ALA.

Tuesday, December 28, 2010

Welcome ALA 2010/2011

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.....

Cepat je masa berlalu... 
langsung masa tu tak cakap "bye.. bye.." ke, "ilal liqak (macam dalam video kartun mukhayyam)" ke, " see you again" ke...  

Dikhabarkan esok Rabu 29 Disember 2010 akan berlangsungnya AGM ALA -kali...?? yang ke berapa ye...(rasa tak seorang pun amek tahu ulangtahun AGM nih)- di Mini Auditorium UIAM Gombak pada jam 8pm-11pm.

Mini Audi...

itulah lokasi tradisi sasaran warga Barb bagi menyaksikan peralihan kuasa tampuk kepimpinannya hampir setiap tahun. Bagi aku, dewan ini segalanya buat budak Barb dan ALA. Dah dapat booking dewan ini pun dah buatkan mereka tersenyum mekar!! Syukur dipanjatkan hanya padaNya.... 

Bagi aku, dewan ini pencetus pelbagai perasaan dalam diri...suka, marah, kecewa, sedih, gembira, tertekan, bangga (senaraikan je segala jenis perasaan. haha~~). 
1) Bagi yang baru naiki takhta, biasanya ada perasaan begini : suka, berdebar, gemuruh, bangga, takut, terbeban dan lain-lain.
2) Bagi yang baru serahkan tanggungjawab, biasanya ada perasaan begini : suka, lega, sedih, gembira, 'bahu ringan', 'selamat....'dan lain-lain.

Yang no (1) tu...rileks la~~~ kalau pun langsung tak berpengalaman untuk pegang apa2 post (sebelum jadi AMT ALA), jangan le takut... sebab u all bergerak sebagai satu pasukan! kalau seseorang tu hebat mana pun, tapi bergerak secara solo dan tiada sokongan ahli yang lain...hmmm tak leh gak. Jadi, bersama menggembleng tenaga untuk menerajui ALA!!


Yang no (2) tu...amboiii~~~~~ tau le dah tak pegang society, tapi jenguk2 le dan hulurkan lah bantuan, tunjuk ajar pada line up baru tu. Kalau bantuan dihulurkan hanya dalam induction je, huiisshhhh hmmmm tak boleh la mcm tu.



Bagi aku, dewan ini pencetus segalanya buat ALA. Diari baru dibuka bersama. Matlamat para pemimpinnya adalah sama..berbekalkan keazaman serta usaha yang terbaik dalam setiap diri mereka. Namun, seringkali lupa untuk menjenguk setiap helaian diari lama... kuning...sekuning Yellow Pages, kemudian ianya rapuh lalu terkoyak. Tidak sempat untuk mentelaah isi kandungannya, tidak sempat mengkaji setiap episod baik buruk di masa lampaunya. Lantas....langsung ia dibuang begitu sahaja.. Bagi yang menjaganya, pasti ada inisiatif untuk peliharanya (merepek~~~).


*aku tiba-tiba teringat sewaktu membaca surat-surat allahyarham moyang, pendeta Zaaba (Zainal Abidin Bin Ahmad) kepada atuk aku, allahyarham Mohd. Ghazali bin Nordin begitu juga sebaliknya. Serius.... tak berani pegang!!! takut terkoyak....

Buat para AMT ALA yang terkini sesi 2010/2011, 

secara peribadinya, akak tak kenal la u all adik2 nih... rasanya cuma kenal tak sampai 5 orang kot...huhuhu. (takde kaitan~~)

jangan terlalu mengharap mantan ALA untuk menjenguk u all, kerana langkah terbaik ialah ANDA YANG SEPATUTNYA MENGORAK LANGKAH KE ARAH MEREKA.

rapatkan ukhuwwah sesama kalian dan DALL.

Kami batch ALA 07/08 sayangkan ALA, cuma ianya tidak dapat dizahirkan... (takde kaitan~~) 






***** TAHNIAH BUAT SEMUA PEMIMPIN ALA 2010/2011... SEMOGA LEBIH SUKSES******



Tuesday, August 17, 2010

aduhaiiii aku nih.......

tadi lepas abes clas komputer..dengan taqdiim rasa aku yang tah pape nye...aku menapak pulang ke mahallah asiah, dengan kedua belah tangan sarat 1 beg guni jenama avon berisi buku library dan 1 beg guni besar berisi jubah2 pemberian Dr Rahmah kepadaku. Terima kasih ustazah....
Fikiranku melayang..tanpa menghiraukan keselamatan diri ketika melintas jalan. Teringat aku dengan 'kehidupanku' pada hari ini...
Ahad lepas ustazah ada call (tp tidak ku jawab kerna tak perasan) aku apakah aku berada di uia petang itu... aku jawab, "maybe saya sampai uia dalam jam 430pm kot. nape puan?" huhu. ustazah memberitahu..plannya mengadakan miting dengan wakil PG setiap department. Aku mengerti maksudnya.. Nak jadikan cerita, aku pasrah lagi redha sekiranya aku tidak menjadi 'komiti' persatuan PG kuliyyah IRK. Tiada kaitan soal giler pangkat ke giler kerja ke giler segala giler la....cuma hati nih rasa terkilan sekiranya tidak bekerja bersama Dr Rahmah. Kenapa?...sebab aku rasa 'makin dewasa' pabila melaksanakan urusan tertentu. Banyak yang dapat kupelajari daripadanya. Kurasakan rugi jika tidak menuntut ilmu daripadanya. Itu lah sebab utamanya....
Hmmmm klu takde rezeki, takpelah....huhu.

Then tadi di waktu on the way dari level 3 ke level 2...ku tegur Dr Saupi. Di awal perbualan kata ustaz,"haaa ana teringat psl duit tu...". "Takpelah ustaz, nanti2 lah pasal tu," "Ana tengok enti, baru ana teringat..muka enti ada tulis d.u.i.t" seloroh ustaz. "Eh takpe ustaz, nanti2 je saya jumpa ustaz pasal tuh. Sekarang nih saya banyak masalah nak fikir". oppppsssss.......

Tak lama lepas tuh, Nizar pun datang menyapa ustaz. Kami bertiga menuruni tangga. Sesampainya kami di level 2, aku meminta diri dulu namun dhalang. Selesai urusan dengan Nizar, ustaz bertanya kembali apakah masalahku. Aku segera menjelaskan,"Ustaz, sebenarnya bukanlah masalah...cuma otak nih banyak berfikir je..bla bla bla". kata ustaz,"owhhhhhh..biasalah tuh", Ustaz memberi kata2 semangat. Kemudian perbualan kami terarah kepada ALA. Aku pula yang..."owhhhh...". hahaa.

hmmm...ALA..ALA...
apasal la aku masih terfikir pasal ALA lagi nih..
bila terkenang semula, mana boleh lupa kot.. dulu separuh mati aku hanya kerana ALA. kulanjutkan pengajianku selama 3 1/2 tahun pun kerananya jugak. Aku dah abes tenure pun masih ALA jugak.. masa tuh, perghhhh buat pekak je walaupun tau ada yang tak senang kehadiranku selepas sesi 2007/2008. Semuanya kerana ALA.. ada sebab kenapa aku bertindak sedemikian.. Yang tahu, terima kasih la kerna memahami. Yang tak tahu, biarlah tak tahu.. Yang penting..u all manfaatkanlah pengalaman dahulu kala tu...

Sekarang banyak perkara nak dilangsaikan... DALL pun agak lama tidak kujenguk. Kak Liya dan bos jangan kecik hati ye...heehhe. OR ALA dan debate pun tidak sempat ku singgah..mintak maaf ye.huhu.

Sunday, July 25, 2010

Wahai adik-adik yang amat kusayangi......

kali ini, tiada kiasan kata yang hendak dinukilkan...

cuma kali ini, isinya "straight to the point"..

kepada adik-adik BARB khususnya ALA yang TER-baca post nih...

AKAK MERAYU SANGAT PADA ADIK-ADIK..TOLONG LAH SAYANGI ALA..
TOLONG SANGAT BERSUNGGUH DALAM MEMIMPIN ALA... ERATKAN HUBUNGAN SESAMA BARB. TOLONG LAH DIK.. TOLONG SANGAT...

ALA satu2nya society bdk BARB. Elakkan sebarang klik dalam persahabatan.. Kite nih tak ramai mana,jd perkukuh la ukhuwah kite..  
AKAK TAKUT SANGAT JIKA NAMA ALA INI LENYAP DI TAMAN KITA INI..

Shahir, Naim, Nabilah, Fendi, Nisa dan mereka yang selalu bersama akak, banyak kali akak nyatakan bahawa adik2 ni SANGAT BERUNTUNG....MEMANG SANGAT BERTUAH dapat mengenali mesra, rapat dengan pangkat seniors, Super seniors, Super Super seniors dan Super Super Super seniors... serius, akak langsung tak bergurau. Ukhuwaah ini sangat penting.. Berbeza sungguh dengan kisah kami..sungguh ketara bedanya.. 

Adik-adik ternyata bertuah kerana mempelajari sesuatu secara langsung dari mereka ini. Serius, ini berbeza sungguh dengan kisah kami.. 
Manfaatkanlah segala ilmu yang kami turunkan suatu ketika dahulu..  
Hargailah segala keringat kami ketika bersamamu suatu ketika dahulu....  

sebarkanlah ilmumu pada generasi akan datang..
 


adik-adik yang akak sayangi...


Andai ada tutur kataku menjadi sembilu di kalbumu, Andai ada pekertiku canggung di matamu, Andai peribadiku songsang di benakmu dan merendam jiwa nuranimu...Maafkanlahku dan tegurlah diri ini..


akak pohon... 

usah kalah kepada masalah dan cabaran yang mendatang

kuatkanlah semangatmu
niat ikhlas kite membantu dan berbakti kepada orang lain, INSYAALLAH ALLAH kan membalas segala tindakan kita..

BUATLAH YANG TERBAIK UNTUK ALA..UNTUK BARB DAN DALL..

 BUATLAH YANG TERBAIK UNTUK ALA, ADIK-ADIKKU YANG TERCINTA...