Semuanya untuk Nadi

Semuanya untuk Nadi
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
"Takdir kadang2 mempertemukan sesuatu tak diundang, menduga dalam bermacam ragam, memberi apa yang tidak dirancang..memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan. Namun takdir menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menusuk panahan sang ketabahan, menyemai benih keakraban, serta memberi peluang menilai siapa sahabat siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.."

Wednesday, January 27, 2010

Buat Nadiku..


dalam diri ini...

apakah mungkin erti sayangku padamu?

dalam diri ini...

apakah mungkin makna rinduku padamu?

dalam diri ini...

apakah maksud risauku padamu?

dalam diri ini...

apakah penting pengorbananku untukmu?

tiada lain..ke sana ke sini hanya untukmu

masa dipertaruhkan hanya untukmu

dalam jemala ini...

apakah cukup keringatku padamu?

dalam jemala ini...

apakah tarikh menyedarkanmu?

dalam jemala ini...

apakah tertunai segala amanahku terhadap mu?

dalam jemala ini...

apakah kau memahami niatku?


Marching Mahallah Maryam IIUM Sport Carnival 2006



video ni masa closing ceremony IIUM Sport Carnival 2006. masa ni aku masih hijau lagi..1st year, sume BARB 1st year sister masa tu majoritinya duk mahallah maryam.asalnya bukan aku yg jd komando jerit2 ni..tp ada sorang sister course apa tah. semasa training aku cuma bantu mereka yg takde/lupa asas kawad kaki..alah bantu gitu2 je. dari situ, secara tak langsung aku kena backup sister tuh. ada ketika aku yang take over.

masa training tuh, macam2 perangai budak2 ni. budak2 BARB lah yg byk bersuara sbb kami golongan majoriti bbanding course lain dlm marching ni. kebanyakan masa dipenuhi dgn gelak ketawa. hmmm gtulah klu dh nama bdk BARB. huhu. bila tang berjalan biasa tu..jalan tak sama lak. yg belakang ckp yg depan laju sgt begitu juga sebaliknya. payah betul nk jalan seiringan walaupun dh jerit "kiri...! kanan..! kiri...!". keseluruhannya training kami tak penah tension, asyik gelak je.. Kakak watan yg train kami tu pun tak tau dah nk wat apa..huhu.

pada malam sebelum closing tuh, aku dkhabarkan sister tu terpaksa gi hospital sbb patah kaki. jgn kata dkhabarkan, kebetulan aku sendiri nampak dia dipapah keluar dari blok C menuju ke ambulance. tp waktu tu harap pandanganku salah. tak lama pastu kakak watan maklumkan bhw aku kena jd komando esok. aku? ...tarik nafas,,.. fuuhhhh...hmmmm

esoknya rommate aku nabilah (budak biotech, uia kuantan) volunteer bekalkan air glukosa kpd semua platun. aku merana gak la berminggu2 ni sbb dikawal rapi oleh kwn2..tak boleh minum air sejuk tp kena telan air asam jawa. ni yg aku takleh terima.. depa sanggup keluar duit sendiri belikan air asam jawa utk aku.aduhaiiii dh mcm hidup berpantang ini itu. huhu.


sebelum pertandingan, masing2 berpesan.."oiiii keluarkan suara!!!! pedulikan apa org nk kata!!". hmmm bila tgk video ni...aduyaiiii teruknya persembahan kontijen kami ni.huhuhu. aku sendiri rasa tak selesa..sbb laju sgt!! tak 'bebas nk lenggang'..tangan tak sempat separas bahu n hayun habis. kami mmg langsung tak target menang apa2 bila dbandingkan ngn kontijen mahallah lain especially mahallah Halimah(khabarnya juara bertahan marching).


Mula2 diumumkan keputusan sukan.. Volleyball aku kalah..hahahaha!! tp Aku, Cot n Adah mmg hebat bab menendang bola tampar ni.. Cot la otainya.. Pastuh diumumkan pulak keputusan marching.. Kami dh malas dh nk dengar..sbb dah dah tentu kalah. (terjemahan : "Kini saat yg ditunggu dh pun tiba..Juara bg kategori Marching IIUM Sport Carnival 2006 jatuh kepada Mahallah Halimah!!"). Semua mahallah dh jangka kemenangan ni. Khabarnya trainer depa sgt hebat.. kemudian "Tempat kedua...", semua warga UIA terkejut. Ada tempat kedua??? Senior kata sebelum ni tak pernah ada 2nd place. "Tempat kedua Marching 2006 jatuh kepada...MAHALLAH MARYAM!!" semua platun menjerit, tak sangka menang! Laungan 'semangat' aku laungkan, kemudian suara rakan marchers berkumandang.


Sebenarnya..tak sangka dpt naib juara pun sbb mahallah lain boleh tahan gak. Walau apa pun aku tetap bangga. Kenapa aku bangga?..sbb seminggu sblm pertandingan ni Dr Rahman(waktu tu Head Dept) ada cakap kt aku bunyi lebih kurang begini "Saya nk budak2 barb ni keluar dari kepompong, tunjukkan kita ni boleh di luar bidang kita". Aku bangga sbb dalam kontijen Mahallah Maryam ni ramai budak barb join marching. Kakak watan tu pun kagum. Aku turut kagum ngn semangat kawan2 semua...yg aku igt Dbah, Ekin, Sarah, Adah, Ila, Faezah, Yusra, Kak Tie(wktu tu), Faridah sape tah lagi. Kenangan kita tersemat selamanya...