"Takdir kadang2 mempertemukan sesuatu tak diundang, menduga dalam bermacam ragam, memberi apa yang tidak dirancang..memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan. Namun takdir menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menusuk panahan sang ketabahan, menyemai benih keakraban, serta memberi peluang menilai siapa sahabat siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.."
kali ini, tiada kiasan kata yang hendak dinukilkan...
cuma kali ini, isinya "straight to the point"..
kepada adik-adik BARB khususnya ALA yang TER-baca post nih...
AKAK MERAYU SANGAT PADA ADIK-ADIK..TOLONG LAH SAYANGI ALA..
TOLONG SANGAT BERSUNGGUH DALAM MEMIMPIN ALA... ERATKAN HUBUNGAN SESAMA BARB. TOLONG LAH DIK.. TOLONG SANGAT...
ALA satu2nya society bdk BARB. Elakkan sebarang klik dalam persahabatan.. Kite nih tak ramai mana,jd perkukuh la ukhuwah kite..
AKAK TAKUT SANGAT JIKA NAMA ALA INI LENYAP DI TAMAN KITA INI..
Shahir, Naim, Nabilah, Fendi, Nisa dan mereka yang selalu bersama akak, banyak kali akak nyatakan bahawa adik2 ni SANGAT BERUNTUNG....MEMANG SANGAT BERTUAH dapat mengenali mesra, rapat dengan pangkat seniors, Super seniors, Super Super seniors dan Super Super Super seniors... serius, akak langsung tak bergurau. Ukhuwaah ini sangat penting.. Berbeza sungguh dengan kisah kami..sungguh ketara bedanya..
Adik-adik ternyata bertuah kerana mempelajari sesuatu secara langsung dari mereka ini. Serius, ini berbeza sungguh dengan kisah kami..
Manfaatkanlah segala ilmu yang kami turunkan suatu ketika dahulu..
Hargailah segala keringat kami ketika bersamamu suatu ketika dahulu....
sebarkanlah ilmumu pada generasi akan datang..
adik-adik yang akak sayangi...
Andai ada tutur kataku menjadi sembilu di kalbumu, Andai ada pekertiku canggung di matamu, Andai peribadiku songsang di benakmu dan merendam jiwa nuranimu...Maafkanlahku dan tegurlah diri ini..
akak pohon...
usah kalah kepada masalah dan cabaran yang mendatang
kuatkanlah semangatmu
niat ikhlas kite membantu dan berbakti kepada orang lain, INSYAALLAH ALLAH kan membalas segala tindakan kita..
BUATLAH YANG TERBAIK UNTUK ALA..UNTUK BARB DAN DALL..
BUATLAH YANG TERBAIK UNTUK ALA, ADIK-ADIKKU YANG TERCINTA...
hmmm dh bersawang dah blog nih.. dah mcm ikut jejak safuan lak yg malas dah nk pikir psl blog2 nih.huu. tp tetiba je rs nk tulis mgenai pengalaman hidup sejak pertama kali terpijaknya tapak kasutku di muka bumi institut pendidikan yg dsegani ini.
MCIIUM...yeee nama yg telah lama kuingin sambar. walaupun hakikatnya target aku ialah menjadi seorang tentera..tak kisahlah udara, darat ke...tp apakan dayaku utk menolak takdir. Rezekiku lebih berpihak di Taman ini. Nape ye..aku idamkan UIA nih? hmm takde jawapan yg tepat sgt sbb dulu2 ak bukannya penah melangkah ke sini..cuma sekadar dgr nama je. atau sebab sedara ke? hmmm takde kaitan la.. kak spupuku Along Sheena graduate Benl, dua pupuku Abg Lizi@Dr Alizi juga graduate uia skrg jd pensyarah psychology, adiknya Abg Lippy jg graduate uia bidang Law. tu kira bab seniors.sedara yg pgkt juniors pun ada gak.Rasa mcm gah la UIA nih..lengkap serba serbi. amboiii pujian melangit! tp sah betul sangkaanku...setelah bertahun2 blaja d sini, baru lah ku rasakan bertuahnya diri menuntut ilmu d sini(akan dnukilkan kisahnya pd episod akan datang).
Kenapa UIA nih perfect?...sbb ak rasa ia seimbang ilmu dunia dan akhirat, juga akademik dan kokurikulum. yg pastinya ia sarat dgn program kepimpinan..inilh yg dcari dlm pasaran kerjaya masa kini! Di matriks, sume tiada yg terkecuali belajar arab, english, komputer dan agama(FKM) dan juga tiap minggu ukhuwaah kite dieeratkan dgn aktiviti halaqah. wahhhh mmg best la. yg pesen pasif waktu sekolah tu...haluuuuu bangun la.. smpai bila nk hidup membatu je. klu cgpa akademik 4.0 tiap2 sem tp cocu zero.....haaaa pejamkan matamu,halakan fikiranmu utk menggenggam anugerah tertinggi itu dlm khayalanmu. jadi ayuh kite bangun! pasti kan tiada sesal..malah byk manfaat dan menyeronokkan!
*oppss..kejap..kejap. Dr Rahmah kol.... bru je regis master dh ada 'tender'. ustazah balik malaysia je, dah keje kuat.hebat!! Tansri, Azrie bila nk start nih..huu. Sendiri tanya, sendiri jawab la..aku nih pun..~~~
Okeyh..back to the track. Memula aku masuk matriks...aku memang dh nawaitu taknak aktif. aku nk rehat...smpai la dh grad nnt.haha melampau! Kenapa???? sebab aku rasa letih sgt masa zaman sekolah dulu.huuu. sejak darjah 3 tahun 1995 aku menjawat jawatan pengawas sekolah....sehingga lah form 4 2002. takyah dok kira..selama 8 TAHUN berturut2 ak pegang jawatan tuh. Tiap2 tahun2 (plg byk pun 2,3kali setahun) ada kem kepimpinan dan motivasi d serata tempat. Bermacam ragam perangai ak depani. Nape tak reject? Tak letih, bosan ke? Letih mmg la ada, bosan takde..tp kite rasa seronok pabila dpt membantu org. Abes je exam akhir tahun cikgu kelas mesti panggil aku..meeting perlantikan pengawas. Sekolah rendah tak lah sibuk sgt..biasalah program2 pengawas, camping itu ini pengakap dan umah sukan peringkat sekolah. Berbeza kit ngn sekolah menengah..die "up" skit.huhu. Di sinilah bermulanya keringat aku membawa nama sekolah ke peringkat daerah je dlm pertandingan tertentu. Biasanya pertandingan marching dan ihtifal(pidato). hmmm nk jdkan cite..sekolah ni la yg suntik aku bertubi2 utk jd lebih aktif...nama pun sekolah sukan, takkan tak aktif lak. Yang pasti, marching tetap tiap minggu.huu. Haaa nape lak jd pengawas smpai form 4 je? Dah serik ke? Lepas PMR, aku dpt offer ke sekolah lain..di situlah aku sambung pengajian bahasa arab ke peringkat tinggi. hmmmm sekolah nih lain cite lak..tahap keaktifanku berkurangan. Aku byk bersabar dengan suasana di sini. Aku taknak cerita lain melainkan psl kokurikulum.. Nak djadikan cerita, d sinilah aku ada beri sedikit sumbangan dlm marching peringkat negeri. Berbekalkan ilmu yg dtuntut d waktu sekolah yg dahulu...kucurahkn pd rakan2 sekolah kini. tapi...(Haiii tak mampu aku luahkan...buat yg mengerti, terima kasih kerna telah menjadi sebahgian kisah silamku). Peringkat negeri tu.....Jangan sesapa kata hebat!! Entah kenapa aku rasa malu...huduh sungguh persembahannya! Peringkat rumah sukan pun belum tentu leh lepas.Okeyh fullstop. Selain tu, d sini jugalah aku jd wakil sekolah utk badminton, bola tampar lagi, debat arab, pantun. Eh pantun?? Ye...hahaha aku pun masih takleh terima apakah kriteria yg membuatkn aku terpilih utk wakili sekolah dlm pertandingn Pesta Pantun. Kisahnya bermula dlm umah sukan..kawan2 suh aku masuk pertandingan pantun. Aku tibai je la...mana penah bahasa berkias2 nih. Tup tap tup tap..kami dpt johan. Tup tap tup tap aku dpanggil utk wakil sekolah. Yg debat arab pun..kerna terpaksa sbb dh takde org. Bahasa dan peraturan tah ke mana..sukati aku je main goreng.hahaa. tup tap tup tap dpt naib juara.haha. Tup tap tup tap dpt lak best debater! hahahaha adoiiii ni lg apa cer??!!! kelakar sungguh. tp ntah kenapa hati aku tidak lekat langsung ngn debat berbanding pidato.
Berbalik kpd pantun..pada hari pertandingan, aku terpilih menjadi 3 org penting manakala seorg sbg reserve. oo maaakk aiiii...bukan main berkias,indah lg bahasa yg perlu dipakai. Kostumnya....aduhhhhhhhhhhhh rimas den!! dh la nk kena pakaian tradisional. tu aku leh terima..tp nk kena pulak pakai tudung melilit tah bape kali tah. dgn jarum setiap pelusuk di kepala "die cucuk tang sini, die cucuk tang sini".aduhhhh rimas sungguh. Tudung kena pakai 2 lak tu..kt dalam tu kami berempat wajib pakai tudung labuh.huuuuuiihhh bayangkanlah... sbnrnya yg merimaskan tuh adalah tudung lilit ngn jarum2 tuh. D venue sekolah A tu, waktu pagi pertandingan pantun. Ak n kawanku sorang nih je kena standby bwk baju sukan..Nape?..sbb kami terlibat ngn pertandingan bola tampar pd sebelah petang.aduhaiiii...pantun tu dh la abes lambat jd kami terlepas satu game kot. Biar lah... Dalam pantun tu ada la kawan W nih, mmg muka die je la wakil sekolah bab pantun2 nih. masa latihan, byk la gak die beri tunjuk ajar...tp bagaikan sume die betul. kadangkala..aku rasa tak senang lak dibuatnya. Masa pertandingan tuh, kami cuma berjaya mara ke peringkat suku akhir. Akhirnya tewas d tgn sekolah B...hanya perbezaan 1 MARKAH JE!!!! Ya Allah betapa kecewa n marahnya kami waktu tu. Nape nk marah? hmm sesapa pun akan marah gara2 kawan W ni langsung tak beli, tak jawab langsung pantun pihak sekolah B tuh.aduhhhhhh sayang giler... patutnya jawab je apapun!!..at least ada gak markah. Abes je pantun, terus kami ke arena sukan gelanggang bola tampar lak.Lupakan segalanya psl pantun..hmm..
Nk djadikan cerita, aku sentiasa mengharapkan kerehatan pabila selangkah masuk ke matriks. tapi.....hahaha apalah daya. teringat aku dgn kata2 beah dgn nada yg serius di bilek mahallah kami,"ko tu jenis never say NO".haha marah sungguh die. kt matriks ak seorg yg 'anti society'..ye society kite. sbb apa? mgkn kerna asal program je mst org sama yg handle, org sama je jd penonton. Memula tu aku igt aku je yg bermasalah kerna punye pendapat begini, rupanya ramai gak berfikiran cmtuh. Kebanyakkannya dr grup 4 dan 5. Tau2 je..wajib g program tu program ni. Tau2 je wajib beli majalah yg kecik tu dgn harga rm4. Tau2 je wajib beli t-shirt society.aduhhh tak kenannya designnya..huuu. Teringat waktu mukhayyam arabi, leh kata takde sape yg sanggup handle. Tetiba je depa2 nih taknak handle mukhayyam. Nape?...biasalah mukhayyam kan 3hari 2 malam, nk prepare nih makan masa. ...sbbnya psl istima' la. Ust Maad nk jugak buat mukhayyamm sbb mmd dh lama giler tak wat..rasanya dkt 5 tahun kot. Waktu tu Pitcop(director) n Zuliana(Asst) yg incharge. Sian giler kt depa sbb takde org nk sanggup jd komiti. Akhirnya yg jd komiti ialah kami2 grup 5(sister). yg brothers tetap geng2 dr grup 1 dan 2. Baru ni lah kami merasa handle program dgn kawan sama course. Tapi....mukhayyam nih la yg 'buka mata kami utk mengenali' rakan2 dari grup 1 hingga 5. Berdasarkan survey yg aku buat (d waktu ALA dulu), sume menyatakan bahawa mukhayyam itu yg terbaik. Ye...aku setuju.
Selain tuh, sukan di waktu Rafest.. cm biasa, sukanku ialah bola tampar. Adah, Chot, Kak Da, Kak Tini, Wansyat, Yusra, Faezah, Suhaila, Hasanah...itulah team kami. Menang ketawa, Kalah pun ketawa. Ketawa je keje...hahaha. Biasa tuh org yg sama je join sukan. Aku selaku kapten bola tampar pegi satu persatu bilek bdk barb utk sama join mana2 sukan wakil society. tp kebanyakkannya tak berkenan. Klu tak minat sukan, takpe lah cuma minta turun sokong rakan2..pun taknak. Nape ye? Aku....aku jd sgt tak paham kenapa. Aku rasakan ada 'masalah' dlm ukkhuwaah ni. Tak best la cmtu kan.... Rafest nih yg plg best ialah perarakan. Semua sanggup tak balik umah wekend,sggup berkorban utk latihan perarakan nih. Aku dedahkan sikit bab marching kpd Pitcop n die handle seterusnya. Aduhhh suka-suka hati die je bg arahan.haha. YANG BESTNYA IALAH KITE KONTIGENT BARB MEMENANGI...KONTIJENT PERARAKAN TERBAIK!!!! hushhh mmg terbaik. Inilah satu lg detik mekarnya ukhuwaah kite. Barb la satu2nya yg bersemangat turun pdg utk perarakan ini. Barb la satu2nya kontijen yg lantang suaranya berbuat bising di tengah2 padang matriks uiam. Oh Allah..betapa indahnya memori itu....
Kesimpulannya..aku tak tau cmne nk jd pasif dlm menjalani kehidupan ini..... ada saja yg 'memanggil' ku.
Biarlah rehat itu jauh dariku...asalkan dpt melihat ukiran senyuman mereka.
Dari situ, aku berpegang pd prinsip "My Best Commitment to Others"...
video ni masa closing ceremony IIUM Sport Carnival 2006. masa ni aku masih hijau lagi..1st year, sume BARB 1st year sister masa tu majoritinya duk mahallah maryam.asalnya bukan aku yg jd komando jerit2 ni..tp ada sorang sister course apa tah. semasa training aku cuma bantu mereka yg takde/lupa asas kawad kaki..alah bantu gitu2 je. dari situ, secara tak langsung aku kena backup sister tuh. ada ketika aku yang take over.
masa training tuh, macam2 perangai budak2 ni. budak2 BARB lah yg byk bersuara sbb kami golongan majoriti bbanding course lain dlm marching ni. kebanyakan masa dipenuhi dgn gelak ketawa. hmmm gtulah klu dh nama bdk BARB. huhu. bila tang berjalan biasa tu..jalan tak sama lak. yg belakang ckp yg depan laju sgt begitu juga sebaliknya. payah betul nk jalan seiringan walaupun dh jerit "kiri...! kanan..! kiri...!". keseluruhannya training kami tak penah tension, asyik gelak je.. Kakak watan yg train kami tu pun tak tau dah nk wat apa..huhu.
pada malam sebelum closing tuh, aku dkhabarkan sister tu terpaksa gi hospital sbb patah kaki. jgn kata dkhabarkan, kebetulan aku sendiri nampak dia dipapah keluar dari blok C menuju ke ambulance. tp waktu tu harap pandanganku salah. tak lama pastu kakak watan maklumkan bhw aku kena jd komando esok. aku? ...tarik nafas,,.. fuuhhhh...hmmmm
esoknya rommate aku nabilah (budak biotech, uia kuantan) volunteer bekalkan air glukosa kpd semua platun. aku merana gak la berminggu2 ni sbb dikawal rapi oleh kwn2..tak boleh minum air sejuk tp kena telan air asam jawa. ni yg aku takleh terima.. depa sanggup keluar duit sendiri belikan air asam jawa utk aku.aduhaiiii dh mcm hidup berpantang ini itu. huhu.
sebelum pertandingan, masing2 berpesan.."oiiii keluarkan suara!!!! pedulikan apa org nk kata!!". hmmm bila tgk video ni...aduyaiiii teruknya persembahan kontijen kami ni.huhuhu. aku sendiri rasa tak selesa..sbb laju sgt!! tak 'bebas nk lenggang'..tangan tak sempat separas bahu n hayun habis. kami mmg langsung tak target menang apa2 bila dbandingkan ngn kontijen mahallah lain especially mahallah Halimah(khabarnya juara bertahan marching).
Mula2 diumumkan keputusan sukan.. Volleyball aku kalah..hahahaha!! tp Aku, Cot n Adah mmg hebat bab menendang bola tampar ni.. Cot la otainya.. Pastuh diumumkan pulak keputusan marching.. Kami dh malas dh nk dengar..sbb dah dah tentu kalah. (terjemahan : "Kini saat yg ditunggu dh pun tiba..Juara bg kategori Marching IIUM Sport Carnival 2006 jatuh kepada Mahallah Halimah!!"). Semua mahallah dh jangka kemenangan ni. Khabarnya trainer depa sgt hebat.. kemudian "Tempat kedua...", semua warga UIA terkejut. Ada tempat kedua??? Senior kata sebelum ni tak pernah ada 2nd place. "Tempat kedua Marching 2006 jatuh kepada...MAHALLAH MARYAM!!" semua platun menjerit, tak sangka menang! Laungan 'semangat' aku laungkan, kemudian suara rakan marchers berkumandang.
Sebenarnya..tak sangka dpt naib juara pun sbb mahallah lain boleh tahan gak. Walau apa pun aku tetap bangga. Kenapa aku bangga?..sbb seminggu sblm pertandingan ni Dr Rahman(waktu tu Head Dept) ada cakap kt aku bunyi lebih kurang begini "Saya nk budak2 barb ni keluar dari kepompong, tunjukkan kita ni boleh di luar bidang kita". Aku bangga sbb dalam kontijen Mahallah Maryam ni ramai budak barb join marching. Kakak watan tu pun kagum. Aku turut kagum ngn semangat kawan2 semua...yg aku igt Dbah, Ekin, Sarah, Adah, Ila, Faezah, Yusra, Kak Tie(wktu tu), Faridah sape tah lagi. Kenangan kita tersemat selamanya...
2)Asst. Programme Manager (Cultural Night & Art competition)
Bila dimaklumkan Planning & Research handle program ni, aku rasa seronok ada, tak seronok pun ada. Yg seronoknya sbb program ni lebih kpd bentuk ‘enjoy’. Yg tak seronokny sbb program ni melibatkan bdk UIA lain yg bkn bdk BARB(terutamanya participants), so kenalah organize elok2 demi menjaga nama baik ALA. Sebagai PM n APM program sudah tentu mahukan ygterbaik. Dan mereka juga tak dpt lari dari kesusahan yg menerpa. Begitu juga ngn kami. Tp tu sume dugaan..cabaran. Klau takde dugaan n cabaran, pasti kite tak lebih berusaha, hasilnya pun ala kadar je. Tu yg kita taknak.. Memula miting, aku briefing dulu psl Arabic Week serta subprogramnnya. Aku conteng kt whiteboard lukis cam carta organisasi, maklumkn juga komiti central. Then maklumkan bhw biro ini iaitu Planning&Research secretariat ditugaskn utk organize Cultural Night&Art Competition. Programmnya nmpk seronok tp aku tak lupa igtkan, “kita kena handle elok2 sbb ianya ‘program tumpuan’. Kite buat lebih baik dari tahun lepas”. (Mmmm sape yg terlibat ngn tahun sebelumnya tahu la citenya). Memula miting psl Art Competition dulu. Art Competiton ada 3 category..Kami decide sape yg buat ni sape yg buat tu. Okeyyy…ni tak jd masalah. Dlm Cultural Night ni, aku lebih tertumpu kpd Prep&Tech, PC, n Pub&Pro. Bunyinya agk bias, tp tu lah yg telah aku lakukan dahulu. Biro lain aku tak lupakan, tp tumpuanku lebih kpd 3biro ni. Catering bagai takde keje waktu tu sbb sumenya dh setel. Special Task lebih kpd Dibah(Special Task central). E-kin pn pesan supaya tak risau sgt psl special task. Oklah cmtu.. Pub&Pro mmg d bwh pemerhatian aku n Ikhwan(Pub&Pro central). Asik awl2 lg beritahu tak tau keje Pub&Pro, aku ckp, “takpe, rileks.. Insyaallah akak leh tolong”. (Mmm aku mmg saja tak letak Asik dlm catering. Sejak dlu dia dh biasa ngn catering. Asik perlu keluar dari dunia catering.huhu). Die wat poster, manakala Suhaila wat pamphlet. Kdua2nya ada menunjukkan draf keje masing2. Design aku taknak komen, ikutlah kreativiti sndiri. Aku lbh pentingkan protocol n butiran2 program. Baguslah depa bdua wat keje wlupun tak penah pgg Pub&Pro sblm ni. PC pula..sian depa pening berdepan ngn peserta. Huhu tu lah cabarannya. Aku cadangkn kpd Hafizzuddin supaya mengadakan miting ngn para peserta, at least brief pd mereka pjlnn program n undian. Pd waktu malam miting melibatkan PC, Prep&Tech, Maindboard n para peserta. Ikhwan tak dpt dtg (aku memahami statusnya yg sudah berkeluarga). Imah wakil Prep&Tech(Fendi tak dpt dtg), Ain gtau myb tak dpt dtg sbb perlu balik ke utara, aku pula ada miting lain. Jd maknanya Hafizzuddin knalah handle mting tu. Die waktu tu kurang yakin mgkn kerna msh baru apatah lg dia bkn bdk Barb. (Mmm tu cite lain kali). Hafizzuddin mnta aku dtg, tp aku tak dpt janji n gtau, “klu smpat akak dtg” sbbnya aku ada 2miting lagi waktu tu, final touch tau! Dgn izinNya aku dpt jenguk miting tu. Miting tak start lagi. Then aku mnta Hafizzuddin mulakan miting tu. Sebelum start tu, bertolak2 antara aku n Hafizzuddin.”akak start la dulu”, “eh, hafizzuddin kn PC la yg start dulu”, “Sy tak tau nk ckp apa, akak la yg start dulu,jgn risau kak, sy ada sokong akak” Amboi..patutnya aku yg ckp camtu. Aduhaiiii budak ni..tp klakar tul si Hafizzuddin ni. Gelabah bkn main sblm pengerusikan miting ngn peserta tu. Klau lah detik itu boleh dsingkap kembali. Huhuhu. (Kelakar giler, luaran cm baik n tenang tp sempoi, pndai mngusik gk n gelabah giler. Meja yg dipegangny pn naik gelabah). Tp akhirnya aku menang. Hafizzuddin mulakan miting. Dia bg kata2 aluan tak smpai seminit n then..”Sya serahkan majlis kpd kak Farhana utk brief mngenai cultural night ni,” katanya smbil tersenyum. Tersentak aku. Pandai dia cari jalan kenakan aku! Atuh, aku pun xdpt lari, aku brief apa yg ptt. Lps tu bru nmpk si Hafizzuddin ni biasa ngn miting tu. Imah d dpn kami kejenya gelak je..Mekasih la Imah.huhu. Tak lama pastu, Ain pun dtg. Aku Tanya Ain, “Ko blk jam bape?” Die jwb, “jap lagi..Sy kejap je ni, rasa tak sedap lak tak dtg miting,” Ain pun brief jgk apa yg ptt.. Syukurnya aku punyai komiti yg rasa begitu. Mmm segala permintaan peserta kami dgr terutamanya bab microfon, sgla props n perkara yg membabitkn keje2 Prep&Tech. Sgalanya dbincangkan n capai kata sepakat. Utk Prep&Tech lak lebih tertumpu kpd venue di KAED Main Audi. Fendi masih baru n perlukan tunjuk ajar jd aku harapkan Imah utk pimpin Fendi. Imah kata, “Aku tak penah jd Prep&Tech, tp aku cuba”. Owh, aku igtkn die dh biasa ngn Prep&Tech(dlm comrade), tp aku tak jd mslh sbb Imah seorg yg tau jlnkn tugasnya..jd aku tak risau. Imah pn byk tanya keje2 Prep&Tech. Prep&Tech Cultural Night saling bekerjasama ngnForum sbb venuenya sama. Ada masa tertentu kami sama2 pegi ke KAED Main Audi utk survey n fikirkan backdrop masing2. Bdepan ngn maintenance KAED, Mujur saja depa tu baik. -aku igt lg, mulanya Fahmi(PM Forum) turut serta ngn Prep&Technya tp tak dpt join sbb nk siapkan keje2 SHARODZ n meminta tlg aku tgkkn Prep&Technya. Aku Okay je.. - 1st g tu, Main Audi dh tutup, tp ada manfaatnya sbb ada antara kami tak tau d mana Main Audi tu. 2nd time g tu, baru lah dpt masuk hall tu. Kami bincng psl perncangan Prep&Tech Cultural Night n Forum. Masing2 beri idea wlupn bukan programnya. Aku bersyukur sbb takde ‘jurang’, masing2 tau ni utk Arabic Week. Fendi lak..aku penah ckp, “Fendi beruntung sbb masuk2 je, Fendi dh tau psl UIA Gombak ni, Secara tak langsung Fendi tau byk tempat penting dlm UIA ni. TgkALA..semuanya saling membantu”. -Terima Kasih dik, sanggup ke hulu hilir ngn akak. Terima kasih dik, kerana korbankan waktu tido ptg utk cultural night ni. Terima kasih dik, kerna membenarkan akak ajar Fendi. Terima kasih kerna menyambung legasi ALA yg skrg ni.- Semasa Cultural Night, mmg dh jd lumrah bhw PM n APM kena ‘rehat’. Maksud aku..PM n APM tak seharusnya ‘bergerak sgt’ kerana mereka ni kena sntiasa menemankan VIP. (Semasa program, tanggungjwb lebih kpd PC). Semasa program, Ikhwan duk ngn VIP di tempat judges. Aku lak ‘menemankan’ ustazah (beliau dtg lmbt, aku mpersilaknnya duduk di depan, tp ustzah kata takpe, duk kt blkg je). Sepanjang program, ustzh asik gelak je..mana taknya, majority persembahan kelakar je. Ustzah ketawa terbahak2 bagai tidak dihimpit dek tugasan. Senang aku melihatnya.. Mengenai system undian lak, 3talian mjadi mangsa voting utk persembahan terbaik. Nombor yg menjadi mangsa ialah Suhaila(maxis), Nazmi(DiGi) n E-kin(celcom). Kenapa mereka? Sbb aku yg putuskan.haahahaha. Aku putuskan setelah berbincang dlm miting. Berdasarkan jobscope, mereka ni boleh dikatakan ‘off duty’ spnjg program, so aku kuarantinkan diorg utk melayan voting je. (Undian dibuka sehingga jam 12am shj. So sebarang undian masuk selepasnya tidak dilayan). Semasa program aku Tanya khabar diorg, masih okey lagi. Mmm rasa aku, masa tu hp Nazmi kot..dh takde ghope hp dh.huuhu. Haha tak larat depa nk melayan, cepat sungguh inbox penuh, “hhhhhuuuuuiiiiiiii tak larat aku..tgh2 malam aku tido pun hp aku asik bising je,” kata Suhaila. “Hahaha hp tak bising mulut ko ttp bising Ila, tu kira undi rosak je..” kata aku. Itu juga berlaku kpd E-kin n Nazmi, “Yg undi tu org yg sama lak tu,” Apapun, Mekaseh korang.. Wlupun keadaan d KAED Main Audi meriah ngn gelak ketawa, kerisauan itu tetap membelenggu diriku. Tak senang duduk aku dibuatnya, ke kanan ke kiri ke depan ke belakang mataku meliar memastikn semuanya okey. Ain d depan, Hafizzuddin d blkg. Fendi n Imah d dpn, Rahimi di blkg. Kagum aku ngn ‘percaturan’ ni wlupn ianya tidak drancang sama sekali. Mengikut pemerhatian aku, Imah d dpn d bhgian system, manakala Fendi lebih kpd aturan microfon d pentas. Pantas adikku itu bekerja, menetapkan mic utk peserta. Manakala Rahimi di belakang uruskn bahagian bukak tutup lampu ngn abang maintenance. Ain uruskan peserta di dpn manakala Hafizzuddin d blkg mmastikan keseluruhannya…elok juga adikku itu di belakang, aku leh smpaikan apa2 yg patut kpd komiti lain. Di luar KAED Main Audi, kita buka booth utk jualan kamus Miftah, Hanan pun nk join jual batch die. Oklah tak jadi masalah. Utk kamus Miftah rasanya Hasanah kot yg jaga. Aku pesan kt die, “klu nk g memana, Hasanah nnt panggil kita atau Hafizzuddin eh, kite leh jgakan, klu leh jgn biarkan kamus sorang2,” Dia pun tak kisah, tak bape sgt nk masuk hall, si Suhaila pun sama. Depa tak bape sgt menda melibatkn hall yg berdengung ngn speaker. Emm Hanan pun kata dia leh tlg tgkkan kamus. Pabila program nk berakhir, aku keluar jenguk keadaan catering. Nazmi sibuk layan voting, mujur je assistantnya buat apa yg patut. Risau juga klu dia lupa bhw dia adalah komiti program. Aku igt lg, dia ada minta kebenaran sbb dia salah seorg peserta tp aku harap 1 je..jgn lupa tugasnya dlm catering. Syukurlah.. Akhirnya, aku bersyukur kerana cultural night berjalan lancar. Sebelum bersurai, Ust Wejdan kata, “Tahniah Farhana, terima kasih sbb jemput saya” Aku suka sgt sbb bagi aku susah betul nk dgr cmtu; selalunya aku asik ‘dikritik’ je oleh ustaz.huhu. Alhamdulillah…ni sume usaha sume org. Bila diingat kembali..aku pertaruhkan para komitiku dlam tugasan yg asing buat mereka. Ye….semua komitiku tidak pernah menjawat biro itu sebelum ini. Semuaaaanya tiada yg terkecuali. Ini mmg cabaran terbesar bgku selaku APM program. Namun, kudapat atasi cabaran ini. Terima kasih kpd semua yg membantu pihak Cultural Night N Art Competition Arabic Week 2008.
1)Asst. Head Committee Pub n Pro (Central Committee)
Memula miting, kami diberitahu biro central AW. Utk Pub&Pro dsandang oleh Ikhwan n aku (Planning n Research secretariat). Fuhhh Cabaran…cabaran… (Aku baru je nk lepaskan penat slps handle Arabic camp SBPI Gombak 4-6July baru ni). Mana tak nya, klu sebut je Pub&Pro, tugas2nya lebih tertumpu kpd persediaan sblm program. Dugaan pasti ada pabila komiti Pub&Pro subprogram mcm2 ragamnya. Ada yg wat poster dll terlebih dahulu n terus fotostat (wlupn dh dimaklumkan dlm miting ngn Pub&Pro central). Ini boleh effect pd bajet AW. Tp yg lebih parah, ada komiti subprogram tak wat pape sbb die igtkan Pub&Pro central yg buat. Hamboi..hamboi..hamboi.. Tulah, ms miting tak dtg, hntar wakil pun tak. Tu lah antara dugaannya. Ikhwan setelkan bab banner, aku setelkan bab pengesahan poster. Antara lain..Ikhwan setelkan iklan AW di masjid, aku setelkan AW iklan di library. Yg lain, aku g jmpa lecturer utk tashih (sasaran aku ialah Dr Wejdan, smbil nyatakan hajat meminta beliau menjadi hakim utk Cultural Night), wat handbill(ttg butiran keseluruhan program). Mengenai pengesahan poster lak, Ya Allah, punyerlah byk poster yg perlu dicop (Pengesahan tu bknnya leh dicop pd sehelai poster, then fotostat tp kena fotostat dulu bru leh cop pd setiap helaian poster!!). Dlm 2hari sblm aktiviti mengecop tu, aku cm biasalah contact sume komiti Pub&Pro setiap subprogram utk serbu GO IRK utk cop poster masing2. Tp bila tiba hari kejadian, emmm aku n Suhaila je wat aktiviti mengecop tu. Kak Yan siap tegur lg, “byknya poster…takkan berdua je buat? Yg lain mana?” Aku jwb, “Entahlah kak..diorg ada keje kot”. Mm At least hntr la wakil utk wat program msing2. Bukan berkira tp ia bkaitan ngn masa kami gk. -Aku ni berkejar ke sana sini, takkan aku nk tinggalkan suhaila wat keje sorang2? Aku taknak komen byk, masing2 dh besar, tau erti tanggungjwb.- Perghhhhh…punyelah jenuh nk ngecop tu, byk giler poster!! Sementara Suhaila wat cop tu, aku setelkan jap pelekat kuning pd banner(AW n Motivational Talk). Setengah pihak pndg remeh psl pengesahan ni. Tp kita akur jelah, klu disuruh dptkan pengesahan, kita buat jelah. Aku taknak ada pape masalah terutamanya perihal Pub&Pro. Mknanya, aku taknak lah, kang tetiba PM AW didakwa kerana poster ‘haram’ merata2 tempat ni. Biar susah tp Jgn timbulkan masalah.. After that, pembahagian tugas utk menampal poster di setiap kuliyyah n mahallah.
Hmmm….. sebut je Arabic Week ni aku rasa cam….cam…cam sayuuuje bila flashback setahun lepas. Programnya cuma seminggu je tapi persediaannya memakan masa sebulan(lebih kurang la..). Slps Arabic camp SBPI Gombak, aku harap dpt rehat, tp syukurlah wlupun ak dpt rehat sekejaaaaap(xsmpai 4hari) je. Aku ingat lg, mulanya program ni diadakan pd hujung bulan Julai (kira clash ngn besday aku..huhu -biasanya pun Arabic Week mmg dibuat dlm bulan Julai-) tp terpaksa dipostpone ke Ogos dgn persetujuan semua exco atas alasan PERSEDIAAN menjelang program. Akhirnya AW ni termaktub dlm proposal bertarikh 11Ogos-17Ogos 2008 (Isnin-Ahad). Ada org(bdk barb gk) tanya aku, “Farhana, senang tak buat program ni?” Aku pandang dia, dan respon aku cuma…senyum biasa tp lebih menyenget skit ke kiri. Then aku jawab, “Biasa lah program..mana mungkin senang memanjang je. Tp aku bersyukur la sume org bekerja, kena la ngn ‘moto’ kitorg ms AGM aritu, Bekerja dengan kami, bukan utk kami”. Haaa ye..memang aku tak nafikan kemain hebat cabaran utk program ni. Antara yg paling aku igt ialah perihal kerja2 Husni selaku Prep & Tech Central. Citenya lebih kurang cmni..biasalah bukak2 sem kami ada general miting dan seterusnya president memaklumkn psl program AW. Alang2 proposal pun dlm proses, masa tu juga dibahagikan sub-program; Forum(Dakwah & Tarbiah), Video Show(Info & Edu), Bookfair(Ekonomi), Cultural Night & Art Competiton(Planning & Research). Then esok2 aku dipanggil oleh advisor bertanyakan khabarperkembangan ALA, aku pun gtaula.. Then beliau sarankan agar sama2 fikirkan program2 yg munasabah utk memanfaatkan malam2 yg takde program(bertepatan ngn seminggu berlangsungnya program). Lgpun kite kenalah manfaatkan bajet yg diperuntukkan iaitu RM 5000. Kemudian beralih kpd venue, ustazah tanya, aku jwb, “saya tak pasti..”. Klu leh, buat di tempat yg grand..biar semua org nampak program2 ALA. -Ye…ALA kena keluar dari kepompong, jgn wat program sendiri2@syok sendiri je tp biar semua org tau ALA tu apa(dmaklumkan ramai tak tau), apa program ALA. Buka mata UIA yg society kecik juga boleh success- Haaaa yg ni aku tak pelik pun sbb aku mmg tau cara ustazah terutamanya perihal venue ms Study Smart & Motivational Workshop bulan Feb aritu(plan asalnya wat kt seminar room je tp ustazah cdgkn Conference Room CAC. Fuhhhh..aku pikir dapat ke?akhirnya dapat je..sape kata budak BARB takleh dpt tempat exclusive camtu?!). Segala perbincangan kami, aku usulkn dlm miting. Husni pun kata, “Insyaallah..”. Masa tu cuma harapkan dapat la semua proposed venue wlupun cm agak mustahil sbb 1)byk kelab/society UIA rebut venue utk program masing2 sblm konvo n bulan puasa 2)ramai yg terlibat ngn persediaan konvo. Ada yg kata nk cari komiti pun susah masa tu. -Alhamdulillah subcom biro aku jenis yg setia.huhu. Aku tak hadapi masalah, sume subcom aku boleh beri komitmen cuma perlu cari komiti junior utk program Cultural Night & Art Competition. Masa tu aku pikir, klu tak dedahkan kpd junior, apakan jd pd ALA kelak? Lgpun prgrm besar cmnilah kite leh perhatikan komitmen n keje2 junior..kot la leh jd calon exco ALA tenure dpn. Apapn, Terima kasih sgt pd korang..- Berbalik kpd venue, perghhh mcm2 cite tp akhirnya AlhamdulillahALA dpt booking tmpt grand spt KAED Main Audi n Main Audi. Punyelah byk dugaannya. Nu’man lak byk ke hulu hilir ngn Husni, bole dikatakan mana ada Husni pasti ada Nu’man. Bagus…good job Nu’man! Ini lah antara contoh ciri kepimpinan seorg PM AW..amik tau n bantu para komiti lain. Nu’man pn ada pesan pd aku n komiti lain, “klu ada pape, gtau aku”. Secara keseluruhannya, baik setinggi2 jawatan Ex-Officio hingga komiti subprogram cuba buat yg terbaik utk program ni. Letihnya waktu tu hanya Allah je yg tau. Wlaucmne pun, jgn sesapa berani menafikan bhw…penatnya tu lebih memihak kpd para komiti central!!!!! Ya Allah, Engkau yg Maha Mengetahui segalanya.. Aku pulak sokmo kuar masuk bilek ustazah. Tiba masa miting, yg lain pasti berdebar lg gerund menanti khabar yg aku bawak dr ustzh. Boleh kata, pasti ada je informal miting kami. Sebelum start miting, ada je ygmula bicara, “berita baru apa kau bawak ni?” huhu. Si Beah lak….rasanya ni 1st time die jd s/u program, tau2 je program sebesar Arabic week ni. Berjuang die buat keje2 s/u. Memula tu, die ada la minta softcopy/dokumen tu dan ni. Aku pun bg lah..beri tunjuk ajar apa yg perlu. Yg aku nk tergelak tu..bersungguh2 die wat surat2…stay up lg. Perghhhhhh…tak penah2 aku tgk ko sungguh2 cmtu Beah. Final exam pn ko taklah cmtu.huhu. Ni lah cabarannya mnjadi s/u, ngadap laptop je keje. Tp syukurlah, kite tak terbeban keje sndiri. Rakan2 lain membantu wlupn bukan jobscope kite. APM n zubir pn ada bantu ko. Tetiba klakar lak psl kdua2 s/u AW ni. Allahu ‘Alam. At least, ko dpt blaja bab dokumentasi ni kan beah. Kak Am lak setelkan bab catering wlupn die treasurer AW. Haaa kak Am mmg master bab ni. Catering masa tu pakai Mokku(kak Am’s cousin)..service terbaik punyer. Harga pn kira murah almaklumlah msh baru lg. Layanan baik punyer…terbukti ms aku handle STAR baru2 ni. Kak Am xpenah lupa ‘turun padang’ tgk catering setiap subprogram..untung komiti catering subprogram. Rasanya menu setiap subprogram pn die yg tentukan. Mmg mudah keje komiti catering ms tu. Baguslah.. Mmmm tak dpt la aku nk citekan sume komiti central Arabic Week 2008 ni. Aku? Aku…?? Mmmm bile fikirkan semula, aku selalu tertanya,”camne aku yg wat sume keje ni? Biar betul sume ni tugas aku ms Arabic Week 2008?” Sebelum n semasa AW, hidup aku sgt bz. Giler-gilerny bz aku ms tu, tuhan saja yg tahu. Abis clas je, aku mesti ada keje nk buat. Kwn ajak makan atau g memana pn, ada yg kata, “klu ngn Farah ni, ko kna booking dulu,” hmm sory la pd yg berkenaan. Ramai org tak tau tugas/keje aku masa tu. Sebelum n semasa AW, penat mmg letih..tp masa tu tak mengeluh, sbb otak ni dh setting..”aku ada keje/tugas/tanggungjwb perlu dbuat. Klu tak, apa kan jd pd AW ni?” Sekarang dh beberapa bulan berlalu, aku rasa mengeluh, cmne aku leh buat keje2 tu? Aku tak penah minta, tp tugas2 ni dtg sendiri kt aku. Aku tak sggup kecewakan ustzh, aku tak sanggup kecewakan kawan2, Aku tak sanggup kecewakan bdk2 BARB. Aku terimanya hanya kerana ALA. Pengorbanan bukti sayangnya kami pd ALA. Ni jawatan/tanggungjwb aku utk Arabic Week 2008 :
1)Asst. Head Committee Pub n Pro (Central Committee)
2) Asst. Programme Manager (Cultural Night & Art competition)