"Takdir kadang2 mempertemukan sesuatu tak diundang, menduga dalam bermacam ragam, memberi apa yang tidak dirancang..memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan. Namun takdir menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menusuk panahan sang ketabahan, menyemai benih keakraban, serta memberi peluang menilai siapa sahabat siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.."
Hmmm….. sebut je Arabic Week ni aku rasa cam….cam…cam sayuuuje bila flashback setahun lepas. Programnya cuma seminggu je tapi persediaannya memakan masa sebulan(lebih kurang la..). Slps Arabic camp SBPI Gombak, aku harap dpt rehat, tp syukurlah wlupun ak dpt rehat sekejaaaaap(xsmpai 4hari) je. Aku ingat lg, mulanya program ni diadakan pd hujung bulan Julai (kira clash ngn besday aku..huhu -biasanya pun Arabic Week mmg dibuat dlm bulan Julai-) tp terpaksa dipostpone ke Ogos dgn persetujuan semua exco atas alasan PERSEDIAAN menjelang program. Akhirnya AW ni termaktub dlm proposal bertarikh 11Ogos-17Ogos 2008 (Isnin-Ahad). Ada org(bdk barb gk) tanya aku, “Farhana, senang tak buat program ni?” Aku pandang dia, dan respon aku cuma…senyum biasa tp lebih menyenget skit ke kiri. Then aku jawab, “Biasa lah program..mana mungkin senang memanjang je. Tp aku bersyukur la sume org bekerja, kena la ngn ‘moto’ kitorg ms AGM aritu, Bekerja dengan kami, bukan utk kami”. Haaa ye..memang aku tak nafikan kemain hebat cabaran utk program ni. Antara yg paling aku igt ialah perihal kerja2 Husni selaku Prep & Tech Central. Citenya lebih kurang cmni..biasalah bukak2 sem kami ada general miting dan seterusnya president memaklumkn psl program AW. Alang2 proposal pun dlm proses, masa tu juga dibahagikan sub-program; Forum(Dakwah & Tarbiah), Video Show(Info & Edu), Bookfair(Ekonomi), Cultural Night & Art Competiton(Planning & Research). Then esok2 aku dipanggil oleh advisor bertanyakan khabarperkembangan ALA, aku pun gtaula.. Then beliau sarankan agar sama2 fikirkan program2 yg munasabah utk memanfaatkan malam2 yg takde program(bertepatan ngn seminggu berlangsungnya program). Lgpun kite kenalah manfaatkan bajet yg diperuntukkan iaitu RM 5000. Kemudian beralih kpd venue, ustazah tanya, aku jwb, “saya tak pasti..”. Klu leh, buat di tempat yg grand..biar semua org nampak program2 ALA. -Ye…ALA kena keluar dari kepompong, jgn wat program sendiri2@syok sendiri je tp biar semua org tau ALA tu apa(dmaklumkan ramai tak tau), apa program ALA. Buka mata UIA yg society kecik juga boleh success- Haaaa yg ni aku tak pelik pun sbb aku mmg tau cara ustazah terutamanya perihal venue ms Study Smart & Motivational Workshop bulan Feb aritu(plan asalnya wat kt seminar room je tp ustazah cdgkn Conference Room CAC. Fuhhhh..aku pikir dapat ke?akhirnya dapat je..sape kata budak BARB takleh dpt tempat exclusive camtu?!). Segala perbincangan kami, aku usulkn dlm miting. Husni pun kata, “Insyaallah..”. Masa tu cuma harapkan dapat la semua proposed venue wlupun cm agak mustahil sbb 1)byk kelab/society UIA rebut venue utk program masing2 sblm konvo n bulan puasa 2)ramai yg terlibat ngn persediaan konvo. Ada yg kata nk cari komiti pun susah masa tu. -Alhamdulillah subcom biro aku jenis yg setia.huhu. Aku tak hadapi masalah, sume subcom aku boleh beri komitmen cuma perlu cari komiti junior utk program Cultural Night & Art Competition. Masa tu aku pikir, klu tak dedahkan kpd junior, apakan jd pd ALA kelak? Lgpun prgrm besar cmnilah kite leh perhatikan komitmen n keje2 junior..kot la leh jd calon exco ALA tenure dpn. Apapn, Terima kasih sgt pd korang..- Berbalik kpd venue, perghhh mcm2 cite tp akhirnya AlhamdulillahALA dpt booking tmpt grand spt KAED Main Audi n Main Audi. Punyelah byk dugaannya. Nu’man lak byk ke hulu hilir ngn Husni, bole dikatakan mana ada Husni pasti ada Nu’man. Bagus…good job Nu’man! Ini lah antara contoh ciri kepimpinan seorg PM AW..amik tau n bantu para komiti lain. Nu’man pn ada pesan pd aku n komiti lain, “klu ada pape, gtau aku”. Secara keseluruhannya, baik setinggi2 jawatan Ex-Officio hingga komiti subprogram cuba buat yg terbaik utk program ni. Letihnya waktu tu hanya Allah je yg tau. Wlaucmne pun, jgn sesapa berani menafikan bhw…penatnya tu lebih memihak kpd para komiti central!!!!! Ya Allah, Engkau yg Maha Mengetahui segalanya.. Aku pulak sokmo kuar masuk bilek ustazah. Tiba masa miting, yg lain pasti berdebar lg gerund menanti khabar yg aku bawak dr ustzh. Boleh kata, pasti ada je informal miting kami. Sebelum start miting, ada je ygmula bicara, “berita baru apa kau bawak ni?” huhu. Si Beah lak….rasanya ni 1st time die jd s/u program, tau2 je program sebesar Arabic week ni. Berjuang die buat keje2 s/u. Memula tu, die ada la minta softcopy/dokumen tu dan ni. Aku pun bg lah..beri tunjuk ajar apa yg perlu. Yg aku nk tergelak tu..bersungguh2 die wat surat2…stay up lg. Perghhhhhh…tak penah2 aku tgk ko sungguh2 cmtu Beah. Final exam pn ko taklah cmtu.huhu. Ni lah cabarannya mnjadi s/u, ngadap laptop je keje. Tp syukurlah, kite tak terbeban keje sndiri. Rakan2 lain membantu wlupn bukan jobscope kite. APM n zubir pn ada bantu ko. Tetiba klakar lak psl kdua2 s/u AW ni. Allahu ‘Alam. At least, ko dpt blaja bab dokumentasi ni kan beah. Kak Am lak setelkan bab catering wlupn die treasurer AW. Haaa kak Am mmg master bab ni. Catering masa tu pakai Mokku(kak Am’s cousin)..service terbaik punyer. Harga pn kira murah almaklumlah msh baru lg. Layanan baik punyer…terbukti ms aku handle STAR baru2 ni. Kak Am xpenah lupa ‘turun padang’ tgk catering setiap subprogram..untung komiti catering subprogram. Rasanya menu setiap subprogram pn die yg tentukan. Mmg mudah keje komiti catering ms tu. Baguslah.. Mmmm tak dpt la aku nk citekan sume komiti central Arabic Week 2008 ni. Aku? Aku…?? Mmmm bile fikirkan semula, aku selalu tertanya,”camne aku yg wat sume keje ni? Biar betul sume ni tugas aku ms Arabic Week 2008?” Sebelum n semasa AW, hidup aku sgt bz. Giler-gilerny bz aku ms tu, tuhan saja yg tahu. Abis clas je, aku mesti ada keje nk buat. Kwn ajak makan atau g memana pn, ada yg kata, “klu ngn Farah ni, ko kna booking dulu,” hmm sory la pd yg berkenaan. Ramai org tak tau tugas/keje aku masa tu. Sebelum n semasa AW, penat mmg letih..tp masa tu tak mengeluh, sbb otak ni dh setting..”aku ada keje/tugas/tanggungjwb perlu dbuat. Klu tak, apa kan jd pd AW ni?” Sekarang dh beberapa bulan berlalu, aku rasa mengeluh, cmne aku leh buat keje2 tu? Aku tak penah minta, tp tugas2 ni dtg sendiri kt aku. Aku tak sggup kecewakan ustzh, aku tak sanggup kecewakan kawan2, Aku tak sanggup kecewakan bdk2 BARB. Aku terimanya hanya kerana ALA. Pengorbanan bukti sayangnya kami pd ALA. Ni jawatan/tanggungjwb aku utk Arabic Week 2008 :
1)Asst. Head Committee Pub n Pro (Central Committee)
2) Asst. Programme Manager (Cultural Night & Art competition)
Sebaik sahaja kepimpinan ALA 0708 ditaklifkan kepada kami, president memulakan langkah dengan mengadakan 1st meeting. Teringat aku…di waktu sesi ta’aruf, kami bagaikan org baru antara satu sama lain(walhal bukannya tak kenal dengan kawan2 sendiri). Maksud aku…waktu tu kami tak berapa kenal dengan adik2 junior mcm fahmi, baihaqi, azhar, giah, fathiyah. Pihak mainboard terutamanya adil, safira, kak hani sampai mati akal dibuatnya pabila para exco ‘bersifat pasif’ ketika bermeeting. Alaaaa…biasalah tu klu baru kenal. Okeylah…hendak dipendekkan cerita…tak lama pastu, secretariat aku iaitu biro PLANNING & RESEARCH perlu bersiap sedia untuk organize 1st programme ALA iaitu program Motivational Workshop. Emmmm mula2 aku dapat tender ni…ayat pertama aku cakap dalam hati “aduhaiiiii nape mesti program motivasi?? Dah tentu boring program ni…ada ke orang nak datang? Budak2 BARB nk datang ke??”. President kata ustazah yang nk buat, siap plan nk buat tiap sem lagi. Aku teringat sangat masa tu president pesan pape hal jumpa ustazah dan sebelum berukar topic, president berkata “hmmm terpulang pada Planning & Research la nk buat camne pun”. Masa tu aku tercabar sgt sbb utk program motivasi ni Ikhwan selaku Programme Manager(PM) dan aku sebgai Assistant Programme Manager (APM). Perrrrgghhhh….APM tu…jawatan kedua tertinggi dalam sesebuah program. Klu ada pape tak kena dalam program terutamanya dari segi pengurusan, sah sah PM dan APM dipersalahkan. Aku kena buktikan program di bawah kepimpinan aku berjaya. Mula2 aku kena tabahkan diri berjumpa ngan advisor ALA iaitu DR. RAHMAH. Huuuuu sesungguhnya aku agak takut berjumpa dgn beliau apatah lagi utk bermeeting. Hmmmm aku takde pilihan, nak tak nak aku gak kena jumpa dgn beliau sbb Ikhwan pun 2x5 je ngan aku waktu tu.huhu.. Apabila bermeeting berdua ngan beliau, aku cam biasalah..senyap je. Apa yang ustazah cakap, aku mengiyakan je. Segala cdagan beliau, aku setuju je walaupun dalam kotak fikiran aku ni cam mustahil je nak merealisasikan impian ustazah. Akhirnya aku memberanikan diri bersuara pada ustazah, “emmm ustazah, sempat ke nk buat program ni? Err..ermm maksud sy, banyak menda lagi kita tak buat lg padahal program minggu depan je..”. ustazah terus balas kata2ku, “yang kamu dok gagap ni nape? Takut ngn saya?!” gulp..kantoi!!!! aku insan yang tidak pandai menipu terus menjawab “ada la kit…ustazah pun pesen tak senyum”. Aduhhhhhaiiii awat la mulut aku ni? Kemudian ustazah menjawab “heh, kamu belum kenal saya lagi…”. Huhu apa maksudnya? Akhirnya kami sepakat mengadakan motivational workshop tu pada 1st – 3rd February 2008..tapi main organizernya ialah Department of Arabic Language & Literature(DALL) in collaboration with ALA dan nama programnya pun berubah menjadi STUDY SMART & MOTIVATIONAL WORKSHOP. Dalam proposal, programnya selama 3hari(ikut bajet) tp kite buat 2hari je. Hari pertama khas utk motivator Bro. Rizal, hari kedua Ustazah cadang nak libatkan semua lecturer BARB. Aku suka cadangan tu tapi Fuhhhh…sempat ke kami nk setelkan surat-menyurat tu? Kena follow up lagi..lebih2 lagi waktu tu sedang musim midterm n assignment. Ini menguji kepimpinan serta kredibiliti aku sebagai APM(1st time pegang APM le..). Aku Cuma pesan pada diri..perlu berkorban n buat yang terbaik bukan utk kepentingan diri tapi utk ALA demi orang lain. Waktu yang mendebarkan pun tiba. Seperti biasa..hari pertama slot Bro. Rizal sehari suntuk. Sehari suntuk jugaklah para peserta bergelak ketawa tanpa henti…best sgt. Memang rugi sgt pd mereka yang tak pegi program ni. Aku tak dapat nk ikuti sgt slot ni..hmmmm biasalah klu jd komiti mmg biasa ada keje sebelum, semasa dan selepas program. Dalam jam 10.30pm post-mortem(post-mortem tenang tak tegang, masing2 puas hati). Hari pertama dh setel(lega kit). Selesai je hari slot motivator tu..tak abes2 bdk2 sebut “STOP BANGAUIIINNGG!!!” Okey…hari kedua lak, pd paginya slot khas dgn Dr. Akmal. Haiiiii sape tak kenal ngn beliau..sempoi giler+kelakar je keje. Dr. rahmah cuma dpt dtg kejap je sbb beliau ada urusan di mahallah maryam. Dalam waktu para peserta terhibur ngn slot Dr. Akmal, aku n ikhwan berbincang..apa kita nk buat ngn para lecturer jam 2pm nnt? Kita lum ada pengisian khusus utk mereka!!!!! kita takkan biarkan lecturer dtg mcm tu je tanpa wat apa2 pengisian antara lecturer n students. Aduhaiiiii…inilah kesilapan kami, terlepas pandang ttg pengisian LDK ni. Kami ingatkan ustazah dh maklumkan pd semua lecturer apa mereka perlu buat utk LDK Mentor Mentee ni..huhhu. Sementara komiti lain sibuk ngn keje2nya, aku, ikhwan n beberapa komiti lain tenangkan jiwa serta muhasabah diri serta berbincang ttg pengisian Mentor Mentee. Akhirnya kami sepakat wat modul yang bersesuaian ngn namanya MENTOR MENTEE. Maksudnya…kita bahagikan students kpd beberapa groups, dlm setiap group ada seorang lecturer. Setiap group kena wat logo n trademark kumpulan serta menyatakan pemasaalahan mereka dlm mempelajari bahasa arab..tak kisahlah majal bahasa mahupun sastera. Bagi kami(para komiti, inilah masanya@sharing moment antara lecturer n students). Waktu yg ditunggu pun tiba. Waktu hampir jam 2pm. Hujan turun agak lebat. Resah aku tunggu lecturer2 aku(takut start lmbt, bimbang keselamatan mereka). Sementara menunggu kdtgn semua lecturer, kami hiburkan dulu para pesrta dgn video kartun arab. Hhhmmm Mentor Mentee pun berlangsung, agak cuak aku menunggu natijahnya(ye lah..last minute plan.huhu). selepas ni, trus Closing Ceremony..Dr Nik Hanan yg officiate program bagi pihak Dr, Rahmah. Dr Rahmah lak asek call (rasanya selang 10mnt beliau mesti call) bertanya persiapan segalanya, keadaan semuanya. Aku tenangkan beliau dgn menjawab “insyaallah semua okey, Ustazah jgn risau ye..”. aku phm perasaan risau seorang ibu yang juga advisor society, pasti risau memikirkan perjalanan program lebih2 lagi jika empunya diri tiada di situ. akhirnya…..alhamdulillah, Allah itu maha Berkuasa segalanya. Mentor Mentee dpt feedback yg sgt baik dari kalangan ustaz dan ustazah. Mereka pesan buat lagi motivational workshop ni dan berterima kasih sbb melalui program ni dpt tau pemasalahan pelajar dlm pelajaran khususnya dlm bahasa arab. Alhamdulillah..Program kami berjaya keseluruhannya. Inilah hasilnya apabila satu pasukan itu brgandingan bahu utk kepentingan org lain...masing2 berkorban masa, tenaga, topup card dan lain2 utk menjayakan program ALA. Usaha mereka pasti diberkati Allah..Amiiin, Insya-allah. Secara peribadinya, aku bersyukur ke hadrat Allah kerna dikurniakan para komiti yang begitu komited dalam kerja masing2…masing2 saling membantu, tidak berkira dalam bekerja walaupun kerja itu bukan jobscope mereka. Walaupun ada yang agk takut sbb tak pernah didedahkan dgn mana2 program, tak biasa dgn sesuatu biro/mainboard, ada juga yg tak yakin pd diri sendiri dll…tp aku tetap bangga ngan korang! Korang rajin rujuk dan bertanya mengenai program ni. Mengenai DR RAHMAH pula, sejak dari proragm ni, aku serba sedikit mengenali empunya diri. Aku mulai faham cara beliau. Antaranya dari segi venue (Conference Room CAC)-hebat tu...,Catering lak, (jgn ciput sgt bajetnya) makan sedap ooo... Klu buat program, jgn lah buat ala kadar je…perabih duit dan tenaga je. Tp klu buat program tu biarlah terkesan di hati..biar penat, tp berbaloi dan puas hati. Kita kena buktikan & tonjolkan program2 ALA. Kita kena usaha keras utk naikkan nama DALL di mata UIAM. Kesimpulannya, tiada yang mustahil dlm hidup. Dan dari pengalaman itu, aku dapat simpulkan bahawa 1)walau setinggi mana pun jawatan seseorang itu, sesebuah program itu takkan berjaya klu dia duduk bergoyang kaki sambil mengarahkan org lain bekerja. 2)sesebuah program itu berjaya sekiranya wujudnya sifat kerjasama serta saling berkorban dlm klgn komiti walaupun berbeza pangkat dlm jawatan yg dsandang. Terima kasih kepada para subcoms Planning & Research serta mereka yang membantu dlm STUDY SMART & MOTIVATIONAL WORKSHOP (1-3 Feb 2008) : Organizing Committees Program Manager : Mohd Ikhwan bin Abdullah (0624747) Asst. Program Manager : Farhana binti Ghazuddin (0536872) Secratary : Nurul Zawani binti Marzuki (0532472) Treasurer : Halimah binti Abdul Sukor (0533914)
Program Coordinator : Mohd Jamil bin Sulaiman (0510611) Suhaila binti Mohd Nasir (0531674) Hasanah binti Che’ Yajid (0714700)
Publisity & Protocol : Ismail bin Mustafa (0713275) Norashikin binti Othman (0539344)
Preparation & Technical : Muhyiddin bin Mohd. Yasin (0618687) Rabiatul Adawiyah binti Md Ali Shifuddin (0533948)
Special Task : Tuan Mohammad Azreen Azhar bin Tuan Zulkifly (0717263) Nor Hijanah binti Mohamed (0714182) Ezren binti Nordin (0613114)
Multimedia : Nazmi bin Nasruddin (0530929) Mohamed Hafiz bin Mohamed Yusof (0536393)
Catering : Md. Asik bin Puniran (0717465) Nurul Huda binti Ramli (0719370) Nurul Ain binti Malik (0531924)
Teringat aku pada 2tahun lepas, sewaktu menganjurkan AGM 2007. Di situlah bermulanya pengorbanan sungguh2 aku terhadap Arabic Language & Literature Association atau lebih dikenali sebagai ALA. Utk AGM ni, aku selaku assistant headcom Special Task. Siapa headcom nya? Hmmm sape lagi kalau bukan Nu’man.huhu. Tu la pertama kali kerja ngan dia di bawah satu biro. Ibarat cam baru kenal dia la…masing2 formal giler padahal kami pernah sama2 bekerja (semasa di matrik UIA PJ) utk Mukhayyam Arabi 2005 di Masjid Putra, Putrajaya .hahaha. Penat..penat jugak tapi puas hati sangat.! ...sebab melalui AGM ni lah kita dapat lihat semua pelajar BARB berkumpul. Aku rasa AGM kali ini special sebab kita sambut hari raya aidilfitri juga..(idea yg bagus). Melalui AGM ini jugalah kita dapat menyaksikan episode peralihan kuasa dari kepimpinan ALA 0607 kepada ALA 0708. AGM kali ini juga menghimpunkan batch aku 053.. (majoritinya lah) berganding bahu menjadi komiti. Walau apapun, aku tetap percaya bahawa AGM ni berjaya hasil usaha dan kerja keras kita semua. Syabas kepada semua!! Advisor : Assoc. Prof. Dr. Rahmah Ahmad Hj. Osman Programme Manager : Mohd Adil Mufti bin Mohd Samsudin Asst. Programme Manager : Nur Safira binti Ahmad Safian Secretary : Muhammad Aizuddin bin Johari Tresurer : Ummu Hani binti Abbas Programme Coordinator : Mohd Razali bin Jaffar : Zuliana binti Zakaria Publicity & Promotion : Abdul Basir bin Mahadi @ Muhammad : Adibah binti Ali Preparation & Technical : Mohd Ikhwan bin Abdullah : Wan Amani binti Wan Mohammad Special Task : Muhammad Nu’man bin Aziz : Farhana binti Ghazuddin Multimedia : Zubir Asadi bin Mohamad : Mohd Aiman Izzat bin Abdullah Catering : Abdul Hanan bin Abdul Salam : Siti Rugayah binti Hasan Setiap biro ada subcom nya..tp aku tak berapa ingatla pulak.maaf byk2 ye! Yang paling aku ingat ialah subcoms aku iaitu Mubin, Beah, dan Faezah. Terima kasih byk2 atas komitmen yang you all berikan. Memang menjadi satu dugaan pabila melaksanakan jobscope masing2 ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Secara peribadinya, macam2 yang perlu ku tempuhi dalam melaksanakan tugas dalam biro Special Task. Antaranya aku dalam ‘dilema’ samada perlu membuat pamphlet atau booklet. Awalnya, aku diminta membuat pamphlet. Aku pun buatlah pamphlet. Masalahnya dalam pamphlet tersebut perlu dinyatakan organisasi komiti, senarai nama ALA 0607, tentative program, senarai aktiviti tahunan dan sebagainya. Ini mencabar kreativitiku dalam menghasilkan pamphlet yang baik(cewah!!!). Yang aku tertanya2…muat ke nak letak semua tu dalam pamphlet? Kemudian aku mendapat arahan utk membuat booklet, bukannya pamphlet. Takpelah…cuma edit je mana yang patut. Tak lama pastu, kena wat pamphlet lak. (Aduhaiiiii…..). Masa semakin suntuk sgt, aku masih belum dapat senarai aktiviti tahunan ALA 0607. Pada waktu yang sama juga, aku belum diberi senarai nama komiti AGM(yang ditulis dalam bahasa arab). Aduhai…aku rasakan begitu banyak kerja2 tertangguh walaupun sudah diagihkan tugasan kepada para subcoms. Akhirnya aku dapat juga 2perkara penting itu. Sebaik aku dapat benda2 tu, dalam otak aku cuma satu perkara iaitu tashih. Ye….aku perlu mengejar waktu untuk tashih .(Itu lebih penting daripada memikirkan pamphlet atau booklet). Bila sebut tashih je..suspek utama aku ialah Dr. Wejdan.huhuhuhu. Sesungguhnya ustaz memang terer atau kata lain master bab mengenalpasti kesalahan bahasa arab dalam kalangan students. – Teringat dlm kelas Advanced, semua kena serius terutamanya presentation. Pendek kata takde istilah main2 la dalam hidup budak2 Advanced.huhu. Tapi ramai students tak tau, di luar waktu pembelajaran, ustaz okey dan kelakar je...macam kita2 je. Rugilah pada mereka yang tak kenal beliau. – Aku rasa lega sikit bila dah tashih, tapi masih ada perkara lagi yang masih pending; pamphlet vs booklet? Tak lama pastu, PM mesej aku supaya meneruskan usaha buat booklet.okey…aku takde hal. Saban hari kedengaran dalam kalangan budak2 BARB mengenai siapa yang bakal menyandang sebagai pemimpin ALA 0708. Ingin juga aku sertai perbualan mereka tapi apakan daya…aku tudak punyai waktu untuk ‘lepak2’. Di waktu aku kalut dengan segala jobscope special task, pada 20 Oct 2007 jam 2.54pm aku mendapat mesej daripada kawan rapatku yang juga PM AGM…mesej itu berbunyi “Slm. Tahniah, Sukacita dimaklumkan bhw anda dilantik sbg ahli majlis tertinggi ALA sesi 2007/ 08.Anda diminta hadir AGM pd 23 Oct jam 8.30mlm di MINI AUDI..Tq.” Mula2 aku tak faham nape aku dapat mesej itu. Aku bertanya sendirian…dia salah bagi mesej ke? Nape aku dapat mesej ini? Aku dipilih menjadi exco ALA 0708? Layakkah aku? Adakah aku sanggup berkorban utk ALA? Adakah aku bersedia memikul tanggungjawab sbg pemimpin ALA? Ku abaikan dulu mesej itu kerna kena perlu siapkan tugasan2 ku ini. Kemudian aku mendapat mesej lagi pada 21 Oct 2007 jam 1227am yang berbunyi “Harap dpt terima tawaran menjadi ahli majlis tertinggi ALA dgn senag hati…Mari bersama meningkatkan prestasi ALA”. Maaf sangat2 kat ko, adil. Aku mmg tak sempat langsung nak balas mesej kau. Berbalik kepada ‘dilema’ aku, akhirnya kami telah sepakat utk membuat booklet (kpd VIP) dan pamphlet (kpd audiens). Haaa…baguslah macam ni. Pada malam sebelum AGM, aku serta subcom ku, beah bersengkang mata menghasilkan booklet dan pamphlet yang menarik. Oleh sebab kita sambut raya, maka dalam booklet and pamphlet tersebut perlulah dihiasi dengan unsur2 raya kan. Haaa…teringat aku, pada siangnya aku n beah penat sangat. Maka malam tu(selepas final touch) kami bersama2 buat booklet n pamphlet…hmmm masing2 dah mula merepek merapu meraban tah apa-apa tah. Akhirnya booklet n pamphlet itu siap pada jam 5am. Rasa cantik lak hasil keje kami. Lepas tu apalagi, kami pun tido jam 530am. Esok paginya aku class jam 8am.huhu. lepas abes class dalam jam 3pm kot, aku dimaklumkan untuk menyediakan hadiah kpd pemenang lucky draw. Then, aku dan subcom iaitu faezah bergegas ke KL Central. Malamnya tu berlangsunglah AGM 2007. mulanya tu, kehadiran macam biasa je. Tp lama kelamaan, terkejut lak aku bila tgk mini audi penuh, sampai duduk kat tangga pun ada. Waktu tu, aku nampak komiti-komiti lain ‘mengorbankan’ tempat duduk mereka di samping mencari kerusi dari luar. Pihak PC memang tangkas mengatasi masalah ini dan kami sedaya upaya memberi kepuasan kpd semua hadirin yang hadir ke ALA AGM 2007 ini. Semua biro menjalankan tugas dgn sempurna. Pub&Pro berjaya menarik ramai hadirin. Prep&Tech..backdrop yang cantik. Catering..makanan yang sedap(macam2 ada..maklumlah suasana raya) dan kemas. Multimedia…video yang canggih(maklumlah klu brothers yang buat). Biro aku, Special Task…timing sgt tepat pabila beri hadiah(siap dipuji oleh PC dalam postmortem). PC..good job! Program teratur dan berjalan lancar. Haa..Banner AGM cantik sgt. Bagi aku…cantik sangat! Dengar khabar, zubir yang design. Zubir, ko memang kreatif!. Okey…saat yang ditunggu telah pun tiba. Melalui AGM inilah kita dpt mengetahui seluruh aktiviti sesebuah kepimpinan dan juga bajetnya dalam tempoh setahun. Setelah selesai ucapan Setiausaha ALA 0607, Ijal dan Bendahari ALA 0607, Nizar maka majlis diserahkan kepada abg taufik selaku Presiden ALA 0607. Kemudian saat yang ditunggu telahpun tiba. Pengumuman kepimpinan ALA yang baru (iaitu utk sesi 0708) dilakukan oleh advisor ALA yang sgt kita sayangi iaitu Assoc. Prof. Dr. Rahmah. Satu persatu empunya nama diumumkan dan mereka dikehendaki naik ke pentas. Di telinga ku kedengaran bualan org ramai mengenai keyakinan mereka terhadap kepimpinan baru ini. (Insyaallah taala..). Mungkin kerana kebanyakkan dari kami telah biasa mengikuti serta organize program2 ALA. Ada juga yang tidak berapa kenal dgn kepimpinan baru ini(takpelah…bila poster siap nnt, mereka kenal la AMT ALA 0708). Sesungguhnya pabila berada di atas pentas, fikiran aku kosong. Maksud aku…secretariat apa yang aku pegang? Siapa pula partner aku? Siapa ye yang pegang secretariat ni dulu? Di atas pentas, ada ketikanya semua kepimpinan baru ini tak larat nak senyum huhu (mungkin penat kot, yelah, majoritinya komiti AGM). Tapi ada ketikanya senyum sampai ke telinga dan dewan menjadi meriah sgt dengan gelak ketawa semua org terutamanya pabila President ALA yang baru (0708), Adil manyampaikan ucapan. Hmmm biasalah adil klu bg ucapan mmg sempoi dan selamba giler. Tapi yang paling aku ingat ialah pabila President menyeru kepada hadirin mengenai tagline ini “BEKERJA DENGAN KAMI, BUKAN UNTUK KAMI” (macam ucapan Paklah je..) Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar. Postmortem pun okey…takde tegang2. masing2 berterima kasih. Seperti yang dijangka, masing2 berpuas hati. Apabila dah selesai semua dan kemas mini audi dan catering, apalagi…semua pun balik bersurai. Setibanya aku di mahallah, aku mendapat mesej dari Ijal ex-s/u ALA 0607, “Aslmkm..thniah ats taklifan sbgai pnggerak ALA. Jln’n tugs dgn smngat & mint. Akn smpai mse kmu rse t’tekan, tp kne byk sbar. Tugs2 gk, stdy jgn abai” . klu tak salah aku, Ijal mesej kpd semua AMT ALA 0708. Pesanan dia mmg suntik semangat kami. Mula2 mmg ada rasa tak yakin, tp apabila baca mesej2 di atas dan di dalam handphone ni, aku terus bina prinsip sendiri “Pesan pada diri: aku berkorban untuk orang lain, bukan kepentingan diri! Tidak ku gentar kerna aku tidak keseorangan dalam ALA”.
Inilah antara banner yang paling cantik dalam ALA(takde gambar banner yang sebenar).
Menanti detik-detik peralihan kuasa (gambar: ALA0607)
Detik-detik setelah peralihan kuasa.Serius mengenai masa depan society. (gambar: ALA 0708 rasminya sbg penggerak ALA).
Lucu dengar ucapan President ALA 0708
Suasana tenang sewaktu post mortem (gambar: Jali selaku Headcom PC)